RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !
SEJAJAR dengan keperluan masa kini dan untuk menghadapi cabaran masa depan Jabatan Tenga Kerja dengan portal JobsMalaysia telah mengorak langkah untuk menjadi gerbang kerjaya yang unggul di malaysia. Hasrat ini adalah untuk membantu rakyat malaysia mendapatkan peluang pekerjaan yang sesuai dengan minat dan kelayakan masinig-masing. Bagi membolehkan usaha ini terlaksana dengan jayanya bahagian perkhidmatan pekerjaan, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia telah mula beroperasi di lokasi baharu yang lebih selesa dan canggih iaitu di Enterprise Building 1 (EB 1), jalan Teknokrat 3, Cyberjaya.
Inisiatif menjadikan JobsMalaysiab gerbang kerjaya bagi rakyat Malaysia adalah bertepatan dengan azam kerajan untuk menempatkan rakyat Malaysia dalam bidang-bidang pekerjaan yang strategik ke arah mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Menurut laporan yang dibentangkan semasa lawatan Panel Penilai Anugerah Kualiti ICT (AKICT) di Cyberjaya pada 24 Ogos 2009, hits pelawat portal ini telah meningkatdengan begitu mendadak iaitu sejumlah 7.5 juta hits bagi tempoh Mei 2008 hingga April 2009 berbanding 2.8 juta hits bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Peningkatan jumlah pelawat ini sewajarnya menjadi pendorong kepada warga JTK Khasnya dan KSM secara umumnya untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan. Perkataan yang bergaris tu di tujukan untuk aku jugak tu... Sebab aku salah seorang staf di bawah kementerian tersebut... untuk info lanjut klik link ini http://www.jobsmalaysia.gov.my/