Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » Durian oh durian..

Durian oh durian..


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !


Salam sejahtera semua, Aku nak cerita sikit tentang gambar di atas hehe, aku rasa semua dah tahu buah apa yang terdapat dalam gambar tu kan,  itu lah raja buah seantero dunia iaitu buah durian..

Cerita tentang buah durian ni yang pastinya terdapat pelbagai jenis gred dan saiz... Hehe bab jenis buah tu aku tak berapa tau sangat yang aku tau pun dua jenis jer durian kampung dan durian kawin sbb yang tu soalan yang selalu aku tanya ketika nak beli.

Cerita bab durian ni, anak tunggal aku tu yang gambarnya terpampang kat banner blog aku sebelum ni dia tak suka dengan buah durian ni. Kalau Tok wan dia atau aku beli buah ni jangan harap la dia nak rapat dekat dengan buah tu.. nak tau sebab apa, dia sangat sensitif dengan bau wangi buah tu la, ni aku yang cakap bukan anak aku yang cakap haha..

Bagi aku bau dan aroma buah tu sedap la.. tapi bagi anak aku bau buah tu tidak menyenangkan deria baunya dan boleh buat dia muntah2. Hairan aku ekekekek, tapi tak pa selamat la buah tu kalau aku beli aku ngan umi dia jer yang makan dan tak perlu beli banyak-banyak kalau tidak, kalau tidak tak cukup bakul dibuatnya sebab anak tunggal aku ni jenis yang makan banyak, sihat lah kata kan... kalau benda lain cth. Nasik Lemak dah tentu 1 bungkus besar pun tak cukup silap-silap yang kita beli untuk kita pun dia sebat hehe...

Tapi akhir-akhir ini bila sebut nak beli durian jer dia seronok semacam, boleh dia cakap " Abah beli la banyak sikit "  mulu-mula aku terfikir jugak anak aku ni tul ka dah boleh makan durian, takut2 kalau beli banyak nanti aku ngan umi dia jer yang kena kasi habis pulak... emmmm rupa-rupanya bila aku beli dan setibanya di rumah aku kupas lah buah tu kasi dia satu ulas, belum sempat habis kupas satu biji buah tu dah mintak satu ulas lagi... ekekek hebat2 aku terfikir? sejenak mcm mana dia boleh suka buah ni pulak, rupa-rupanya masa dia balik kampung ngan umi dia hari tu.. dia telah dilatih dengan drastic oleh tok wan untuk makan buah ni, kalau tak pandai makan durian rugi lah sebab tok wan ( bapa mertua ku ) ada dusun durian... haha itu lah ceritanya.... kalau umi dia tak bagitau pening jugak aku memikirkannya.. hehe

2 ulasan:

  1. hoho..skang musim durian..mmg sonok la dpt mkn durian kan.tapi kite tak leh nk mkn bnyk2...seulas 2 je la limit nye..lebih nnt leh skit prut..tak tau apsal..huhuhu

    BalasPadam
  2. jangan putus asa cuba makan banyak yang.. sakit perut biasa la cikrame2 hehe :)

    BalasPadam