RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !
Cadangan sebuah gereja di Florida untuk menjadikan hari ulangtahun ke-9 runtuhnya World Trade Center yang akan diadakan pada 11 September 2010 sebagai hari membakar al-Quran.
Gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida telah melancarkan kempen dengan menggunakan slogan “Everybody Burn Quran Day” sebagai langkah memperingati mangsa tragedi 9/11 yang dikaitkan dengan sikap ganas kumpulan pelampau Islam dan kaitannya dengan usaha untuk membina sebuah pusat Islam dan masjid di sebuah tapak di situ yang telah dibeli oleh sebuah organisasi Islam Amerika Syarikat.
Wakil Persidangan Kepimpinan Kebangsaan Hispanik Kristian, Angel Nunez mengecam seruan yang dibuat oleh Dove World Outreach Center dan menyifatkannya sebagai “sesuatu yang memalukan” sebagaimana dilaporkan dalam majalah Christian Today, sebuah penerbitan Kristian Injili.
Menurut Nunez, “Jika saya ingin menyampaikan seruan kepada seorang Muslim agar mempercayai Kristian, saya tidak akan melakukannya dengan membakar al-Quran di depan umum dan memprovokasi mereka kerana akan menyebabkan mereka akan membenci kita. Senjata terbesar seorang Kristian ialah dengan memiliki perasaan kasih sayang.”
Persatuan Evangelis Kebangsaan (NAE) juga mengeluarkan kenyataan agar Dover World Outreach membatalkan cadangan untuk memperingati tragedi 9/11 dengan membakar al-Quran.
“Cadangan yang diumumkan oleh kelompok gereja di Florida itu baru-baru ini untuk membakar al-Quran pada 11 September benar-benar menggambarkan rasa tidak hormat ke atas tetangga Muslim dan ini akan memburukkan lagi ketegangan antara Kristian dan Muslim di seluruh dunia,” kata jurucakap NAE.
Paderi gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida, Terry Jones menjelaskan kepada CNN awal bulan ini bahawa “Islam adalah syaitan, agama Islam telah menyebabkan jutaan orang memasuki neraka dan agama Islam adalah agama yang menipu, agama kekerasan. Ini sudah dibuktikan beberapa kali.”
Terry Jones turut menulis sebuah buku yang berjudul Islam is of the Devil, manakala pihak gereja turut menjual mug dan t-shirt yang menampilkan mesej tajuk buku tersebut sebagai usaha mempromosikan pelabelan Islam sebagai syaitan. Bagi menyebarkan mesej tersebut, pihak gereja turut melancarkan kempen melalui Youtube.
Dalam satu postingnya di Youtube, Jones menjelaskan “maksud saya bertanya kepada diri sendiri, apakah Anda pernah benar-benar melihat seorang Muslim sangat bahagia? Ketika mereka sedang berjalan di Mekah? Ketika mereka berkumpul beramai-ramai di dalam masjid? Apakah itu jelas menunjukkan seperti agama yang benar-benar bahagia?Tidak, bagi saya, agama ini jelas seperti agama syaitan.”
Menurut Presiden NAE, Leith Anderson “sebagaimana cadangan membakar al-Quran sebenarnya lebih bersumberkan balas dendam. Namun, al-Kitab tetap memberikan sikap bahawa orang Kristian harus memastikan bahawa tidaklah menjadi suatu kesalahan untuk menebus kesalahan tersebut. Kita harus sentiasa berusaha menunjukkan sikap baik satu sama lain dan untuk orang lain.”
“Kita mestilah sedar bahawa memerangi api dengan api akan menjadikan api semakin besar,” kata Joel Hunter, seorang paderi kanan di Northland, yang mempunyai rangkaian gereja hingga ke Orlando, Florida dan turut menjadi anggota dalam jawatankuasa NAE, “cinta adalah air yang akhirnya akan memadamkan kebakaran.”
Sumber dari : http://ummatanwasatan.net
Sumber dari : http://ummatanwasatan.net
Dengan angkuh si gila tu buat kenyatan. Aku sebagai umat Islam yang berpegang kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi.. Mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mereka ini.. Semoga Allah melindungi kitab suci kita umat Islam. Takbir... ALLAHUAKBAR