Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » , , , » Kucing boleh baca emosi manusia.

Kucing boleh baca emosi manusia.


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !

Kucing haiwan yang mesra dengan manusia, sebab tu ramai org suka bela kucing kan. Anda semua perasan tak, yang kucing ni suka bermanja dan bergesel-gesel dengan kita, kan. Kalau kucing tu mempunyai bulu yang lebat dan mukanya yang comel, lagi membuatkan semua geram melihatnya. betulkan cakap aku :)

Ada fakta yang alcatraz nak kongsikan dengan anda berkenaan kucing ni, 

1. Hidung kucing unik - ia seperti cap jari manusia. Setiap hidung kucing berbeza-beza antara satu sama lain.

2. Jantung kucing berdenyut dua kali lebih cepat daripada manusia iaitu 110 hingga 140 kali per minit.

3. Jangan sesekali mengankat kucing dengan memegang lehernya! Hanya ibunya sahaja yang boleh melakukan perbuatan ini ke atas anaknya dengan selamat.

4. Kucing boleh 'membaca' emosi tuannya. Jika kita berada di dalam kesedihan, ia turut berubah kelakuan.

5. Sepanjang hayatnya, kucing boleh melahirkan seramai 100 ekor anak! yang pasti, anak-anak kucing ni semuanya comel haha...

6. Kucing mempunyai 290 tulang dan 517 otot di dalam badanya.

7. Kucing tidak akan mengiau untuk kucing lain. Bunyi ini hanya untuk manusia sahaja.

8. Anak kucing semasa lahir adalah buta dan pekak. Mereka hanya boleh membuka mata hanya selepas lima hari dilahirkan dan boleh berjalan selepas 20 hari berikutnya.

9. Kucing boleh melihat sejauh 120 kaki. boleh tahan jugak mata kucing ni...

10. Kebanyakan kucing buta warna.

11. Kucing boleh menggerakkan dan memutarkan telinganya sehingga 180 darjah. Kalau korg nak tahu, ia mempunya 30 otot di sekeliling telinganya, dan untuk menggerakkannya, ia akan menggunakan 12 atau lebih otot.

12. Kucing suka tidur. Dalam sehari ia tidur lebih kurang 16 jam, kalau kita leh tidur lama macam tu kita leh la kawan ngan kucing hehe..

13. Kucing akan menghabiskan 30 peratus tempoh jaganya hanya untuk mencantikkan dirinya, Haha ni leh la join ngan model2 terkenal sebab mereka tu dari pagi sampai malam tak habis2 duk kena solek :)

14. Adakah kucing suka minum susu setiap hari? Jawapannya tidak! kucing mungkin mudah terkena cirit-birit jika terlalu banyak minum susu ( susu orang sabah cakap nai ) tul tak orang sabah?

Sekian dahulu serba sedikit cerita dari hamba untuk anda yang mengenali haiwan ini... renung- renungkan lah gelagat kucing anda selepas ini sama ka tak dengan fakta yang aku kasi... P/s sayangi lah haiwan perliharaan anda, kalau tak sayang jangan bela...

19 ulasan:

  1. oh normal la 2 kalo kucin tido lme?? sbb kdg2 tengok kucing sy yg bernme rocky.. tido dari kul 10 pg sampai 5 ptg...fmly suka ejek rocky ckp, "rocky.. ko penat motong getah ke sampai tido lme.." hahahaha...

    BalasPadam
  2. misz myza x tido lama mcm tu ker? :)

    BalasPadam
  3. ahahhaa..kalo kte tdo lme 2 normal la kan kan kan??? sbb penat buat keje.. kucin buat keje ape je.. makan, berjln, main..

    BalasPadam
  4. cantik jawapan tu, mcm org dia jugak hehe Opsssss... terlebih sudah :)

    BalasPadam
  5. woahhh hebat2 ;O
    mmg menyelidik kucin ke ;P
    no 3 tuh ak slalu tgk org buat cmtuh =.="

    BalasPadam
  6. aa.tak nak bela kucing tapi kucing datang gak.kasi la apa yang patut.paling kurang tak sepakterajang la kan.hee.

    BalasPadam
  7. hoho..suka kuceng..tapi agak takut2 nak pegang ke peluk kucen tu..haha

    BalasPadam
  8. Apa cik rame2 takut kucing ker? :)

    BalasPadam
  9. +akufobi+ bagus la kalau mcm tu :)

    BalasPadam
  10. Fakhrur nak kata penyelidik tu tidak le, tapi apa yang aku baca dan aku lihat aku kongsi lah ngan korg semua :)

    BalasPadam
  11. mario ada bela kucing ka? :)

    BalasPadam
  12. Kucin owhh kucinnggg...teringat kat kucingku yang dah pergi wat selamanya...haha! nice info bro!

    BalasPadam
  13. Encik MT, kenangan memang tidak boleh dilupakan... semoga mekar dalam ingatan.

    BalasPadam
  14. aku suka ko cita pasal kucing,,,

    BalasPadam
  15. hohoho.best2...com tgk kucing den beranak kat blog..tp entri lama ar.hahaha

    BalasPadam
  16. ese pun ponah baco entri ekau tu Fareed :) comel anak2 kucing ekau kan haha jadi ker aku cakap loghat n9 tu?

    BalasPadam
  17. kucing aku tu kalau bergesel2 saje x pe ar..kalau dia geram siap gigit kaki..adess

    BalasPadam