Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » , , , » Lailatul Qadar Malam Seribu Rahmat...

Lailatul Qadar Malam Seribu Rahmat...


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !

Segala puji bagi ALLAH S.W.T Tuhan sekelian alam, selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad Nabi kita dan kekasih ALLAH. Lailatul Qadar merupakan suatu malam yang penuh dengan keberkatan dan hanya di kurniakan ALLAH S.W.T untuk umat Nabi Muhammad dan ianya berlaku di malam-malam 10 terakhir Ramadhan.

Di sepuluh malam terakhir ini, kita semua di galakkan memperbanyakkan melakukan ibadat kerana, ganjaran pahala bagi sesiapa yang di berikan kesempatan bertemu dengan malam Lailatul Qadar ini amat lah hebat seumpama beribadat seribu bulan. Oleh itu, jom ramai-ramai kita rebut peluang yang di berikan ALLAH kepada kita ini dengan memenuhkan malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan dengan aktiviti ibadah semaksima mungkin... InsyaAllah semoga kita dipertemukan dengannya serta mendapat keberkatan darinya...

INFO MALAM LAILATUL-QADARMalam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.

Maksudnya:
Malam Lailatul – Qadar lebih baik daripada seribu malam

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
” Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu ”

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
” Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. ”

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
” Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan  dalam malam ganjil (mungkin pada malam 21,23,25,27,29 ramadan). ”

Doa yang patut dibacakan ketika bertemu malam lailatulqadar

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, “Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:


Maksudnya:
” Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. “

Sumber : aizuddin