Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » , , , , » OBJEKTIF SARA 1 MALAYSIA

OBJEKTIF SARA 1 MALAYSIA


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !


OBJEKTIF SARA 1 MALAYSIA | Untuk memastikan taraf hidup rakyat terutama mereka yang tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah dapat ditingkatkan, kerajaan melakar satu lagi detik sejarah apabila melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) yang bakal memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah berpendapatan rendah.

Ketika mengumumkannya, Perdana menteri datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mereka yang layak akan diberi peluang membuat pelaburan sebanyak RM5,000 dalam Sara 1Malaysia iaitu salah satu produk Permodalan Nasional Berhad (PNB) sama ada melalui simpanan peserta atau dalam bentuk pinjaman.

Skim yang diperkenalkan itu terbuka kepada kumpulan isi rumah berpendapatan antara RM500 hingga RM3,000 sebulan.

Bagi mereka yang tidak mempunyai simpanan, mereka boleh membuat pinjaman sebanyak RM5,000 daripada bank-bank yang mengambil bahagian iaitu Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagi peserta yang menyertai skim ini dan di kalangan mereka yang tidak membuat pinjaman dengan mana-mana pihak bank terpilih, mereka dijamin memperoleh pulangan sebanyak RM134 sebulan.

Sementara bagi mereka yang membuat pinjaman, mereka tetap memperoleh imbuhan sebanyak RM50 sebulan selepas ditolak sebanyak RM84 sebagai bayaran balik pinjaman kepada pihak bank.

Sekiranya mereka yang tidak membuat pinjaman dengan pihak bank dan tidak mengambil pulangan yang diterima setiap bulan dalam tempoh lima tahun, mereka mampu memperoleh pendapatan memcecah RM13,000.

Sementara bagi mereka yang membuat pinjaman, mereka juga berpeluang memperoleh RM5,000 untuk tempoh yang sama.