RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !
(KERETA) PANASKAN ENJIN DAHULU SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN | Antara faktor utama kereta kita mudah mengalami kerosakan serius yang memakan kos ribuan ringgit untuk membaikinya, adalah kegagalan kita dalam menjaganya dengan baik. Khususnya pada bahagian enjin. Perkara ini kita sering memandang remeh kerana tidak mengetahui mengenai betapa pentingnya memanaskan enjin kereta sebelum bergerak. Maka, sebelum kita mahu menggunakan kereta, pastikan enjin telah dihidupkan terlebih dahulu dan dibiarkan dalam masa beberapa minit.
Bahagian enjin itu ibarat nyawa kereta.
Justeru itu, adalah penting untuk kita tahu bagaimana hendak menjaga enjin kereta pada peringkat awal lagi.
Iaitu peringkat sebelum memulakan perjalanan.
Kebanyakan pemilik kereta akan hidupkan enjin kereta dan terus jalan. Tindakan ini adalah berisiko, dan memberikan kesan yang buruk terhadap tahap kesihatan kereta untuk jangka masa panjang.
Jadi Berapa Lama Perlu Tunggu Enjin Dipanaskan?
Jawapan yang tepat adalah sekitar 2 hingga 3 minit selepas enjin dihidupkan.
Apa yang ingin ditekankan di sini adalah, enjin kereta mesti berada dalam keadaan panas sebelum memulakan perjalanan. Walaupun tempat yang kita mahu tuju itu hanya beberapa kilometer dari rumah.
Ini kerana, minyak pelincir akan mengalir ke semua bahagian enjin, apabila proses pemanasan berlaku. Jika kita teruskan pemanduan ketika enjin tidak cukup panas, enjin terpaksa bekerja lebih keras dan memikul beban yang banyak.
Ini yang akan menyebabkan beberapa masalah jangka masa panjang pada kereta, seperti:
Bahagian enjin akan mengalami kehausan akibat geseran yang berat.
Enjin kereta cepat rosak.
3 Minit Selamatkan Nyawa Enjin Kereta Anda
Justeru itu, amalkan tip memanaskan enjin kereta selama 2 hingga 3 minit selepas ia dihidupkan.
Dengan ini, kesihatan enjin kereta kita terjamin, duit poket pun tidak melebur begitu sahaja.
Moral - Sebagai perkongsian, anda boleh menggunakan alarm control yang boleh menghidupkan kereta tanpa perlu membuka pintu kereta. Maka, jika anda bersiap-siap untuk ke tempat kerja, anda boleh menghidupkan enjin kereta tanpa perlu membuka pintu kereta. Secara tidak langsung, ia sangat menjimatkan masakan?
Sumber : araublogger
TAGS : PENJAGAAN KERETA, TENTANG PENJAGAAN ENJIN KERETA, ENJIN KERETA HARUS LAH DI JAGA, CARA JAGA ENJIN KERETA, MODIFIKASI ENJIN KERETA, ENJIN TIDAK CEPAT ROSAK, PANAS ENJIN SEBELUM MULAKAN PERJALANAN, INFO KERETA, ENJIN BAIK PEMANDUAN SELAMAT, CARA PEMANDUAN YANG BETUL, TIPS PENJAGAAN KERETA
TAGS : PENJAGAAN KERETA, TENTANG PENJAGAAN ENJIN KERETA, ENJIN KERETA HARUS LAH DI JAGA, CARA JAGA ENJIN KERETA, MODIFIKASI ENJIN KERETA, ENJIN TIDAK CEPAT ROSAK, PANAS ENJIN SEBELUM MULAKAN PERJALANAN, INFO KERETA, ENJIN BAIK PEMANDUAN SELAMAT, CARA PEMANDUAN YANG BETUL, TIPS PENJAGAAN KERETA