Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » , , , , , , » (TERKINI) PROTON PREVE BAHARU DILANCARKAN

(TERKINI) PROTON PREVE BAHARU DILANCARKAN


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !

(TERKINI) PROTON PREVE BAHARU DILANCARKAN | Proton Preve, model terbaharu yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia akhirnya telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 April 2012. Majlis gilang-gemilang itu telah dilangsungkan di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Mines Resort City, Seri Kembangan bermula jam 8.00 malam.

Menurut Proton, tahap penggunaan bahan api petrol bagi varian Executive manual ialah 6.2 liter bagi setiap 100 km perjalanan, manakala varian Executive CVT lebih menjimatkan pada kadar 5.8 liter bagi setiap 100 kilometer. Berkenaan kelajuan yang mampu dicapai, Executive manual mampu memecut sehingga 180 km/j, sementara versi CVT mencatatkan kelajuan puncak 170 km/j.

Preve dilengkapi sistem keselamatan standard seperti ABS dengan EBD, dan tambahan BA (Brake Assist and Traction Control) serta teknologi baharu ESC (Electronic Stability Control) pada varian Premium, selain empat beg udara yang berada di bahagian depan dan tepi (Premium sahaja). Untuk pemberhentian yang lebih selamat, kesemua varian dilengkapi brek cakera di keempat-empat roda yang bersaiz 16 inci, dengan penggunaan tayar bersaiz 205/55 siri.

Harga antara yang paling menarik perhatian ramai apabila ia diumumkan lebih rendah daripada harga anggaran sebelumnya. Sama seperti harga tidak rasmi yang bocor terlebih awal sebelum ini, varian Executive manual 5-kelajuan berharga RM59,540.00 (Solid) dan RM59,990.00 (Metalik). Executive CVT pula berharga RM62,540.00 (Solid) dan RM62,990.00 (Metalik).

Seterusnya varian Premium ditawarkan sebanyak RM72,540.00 (Solid) dan RM72,990.00 (Metalik). Kesemua harga merupakan harga atas jalan lengkap dengan insuran. Model yang paling diperkatakan ini sudah boleh dilihat dan dipandu uji di semua bilik pameran Proton yang berdekatan mulai hari ini.