Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » , , » CHONG WEI TERSELIUH LAGI...

CHONG WEI TERSELIUH LAGI...


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !

CHONG WEI TERSELIUH LAGI... WUHAN - Malaysia menerima tamparan hebat dalam misi mengutip pingat emas sulung pada Sukan Olimpik 2012 menerusi Datuk Lee Chong Wei.
Ia ekoran kecederaan yang dialami pemain No. 1 dunia itu ketika menentang Peter Hoeg Gade dari Denmark pada aksi terakhir Kumpulan C kempen Piala Thomas 2012 di Pusat Sukan Gimnasium Wuhan, China semalam.
Jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock berkata, hasil ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) yang dijalankan di salah sebuah hospital tempatan semalam mendapati otot di bahagian buku lali kanan Chong Wei koyak.
"Mujur tidak ada sebarang keretakan tulang di bahagian buku lali Chong Wei itu, cuma ototnya sahaja koyak.
"Disebabkan kecederaan itu, Chong Wei terpaksa berehat untuk tempoh sekurang- kurangnya tiga hingga empat minggu bagi menjalani proses pemulihan.
"Dia dijangka pulang ke Malaysia petang esok (hari ini) bagi menjalani rawatan lanjut dan ujian MRI seterusnya," kata Seu Bock.
Ekoran kecederaan itu, Chong Wei terpaksa menarik diri selepas mendahului Gade 2-1 pada set pertama.
Insiden malang itu berlaku ketika Chong Wei cuba menyambut pukulan Gade di bahagian belakang gelanggang.
Bagaimanapun, Seu Bock tetap yakin Chong Wei, 30, akan kembali pulih sepenuhnya sebelum temasya Olimpik 2012 di London bermula 27 Julai depan.
"Chong Wei masih boleh beraksi pada Sukan Olimpik, kita tidak perlu bimbang," jelas Seu Bock.
Dengan hanya berbaki 65 hari lagi sebelum Sukan Olimpik 2012 di London bermula, kecederaan yang dialami Chong Wei itu sudah pasti mencetuskan kebimbangan peminat-peminat sukan di Malaysia.
Ini kerana Chong Wei diletakkan sebagai sandaran utama kontinjen Malaysia untuk menghadirkan kilauan pingat emas pertama di bumi London nanti.
Mac lalu, Chong Wei mengalami kecederaan di bahagian bahu kanan ketika menentang seteru utamanya, Lin Dan dari China pada aksi final Seluruh England di Birmingham.
Pemain kelahiran Pulau Pinang itu turut mengalami demam serta selesema seminggu sebelum kempen Piala Thomas membuka tirainya Ahad lalu.
Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong enggan menuding jari terhadap mana-mana pihak mengenai kecederaan yang menimpa Chong Wei meskipun ia dilihat mampu memperjudikan misi mengutip emas pertama pada Sukan Olimpik 2012 di London nanti.
"Sebelum ini saya pernah beritahu bahawa misi kita pada Sukan Olimpik lebih penting daripada Piala Thomas kerana kita bukan tidak pernah memenanginya (Piala Thomas) sebelum ini.
"Bagaimanapun, saya tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak kerana perkara ini (kecederaan Chong Wei) telah berlaku," katanya.
Ketika diberitahu Chong Wei mungkin memerlukan masa selama empat minggu untuk pulih, Zolkples berkata: "Empat minggu lebih baik daripada empat bulan, bukan?
"Jadi, saya rasa Chong Wei masih ada masa untuk pulih dan kembali ke prestasi sebenarnya kerana saya kenal Chong Wei." Kosmo