Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label hidup bermadu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hidup bermadu. Papar semua catatan

(MANISNYA MADU) POK MAT LEWA BAGI PETUA PASANG TIGA


(Manisnya madu) madu apa yang manis tu? madu lebah kah, madu kelulut kah? atau pun madu yang ini, kawin ramai haha... Kat bawah ni, al nak kongsi cerita tentang sorang insan yang bernama Pok Mat Lewa yang mempunyai 3 isteri dalam istilah madunya, madu tiga lah haha... Belia berkongsi tentang kehidupan bermadu beliau di dalam akbar harian metro hari ini dan semua isteri beliau merasai nikmat manisnya madu haha... Jom baca apa yang istimewa sangat dengan insan yang bernama Pok Mat Lewa ni...

PASIR PUTEH: “Sekali pandang wajahnya biasa saja dan mungkin ramai wanita tidak berkenan, tapi bila sudah kenal hati kami yang gundah jadi tenang sebaik melihat senyumannya,” kata Siti Aisyah Awang Kechik, 56, isteri pertama Muhamed Yunus, 58, sambil disokong dua madunya, Asiah Yahya, 48, dan Ani Abd Rahman, 42.

Menariknya, rumah dua madu Muhamed, Asiah dan Ani didirikan berhampiran rumahnya bersama isteri tua, Siti Aisyah di Kampung Kandis, Lebuhraya Pasir Puteh-Jeli, dekat sini, dan mereka hidup berjiran dengan penuh harmoni.

Menurut Siti Aisyah, ketika Muhamed berhasrat untuk berkahwin dengan Ani, lelaki itu secara ‘gentleman’ meminta dia dan Asiah masuk meminang madu ketiganya.

“Kami tidak terkejut dan rela hati menunaikan permintaannya kerana yakin dia mampu berlaku adil kepada semua isteri dan anak-anak,” katanya.

P/s : Bagi sesiapa yang rasa nak bermadu tu, fikir lah panjang-panjang serta dapatkan persetujuan isteri anda tu dulu, kalau rasa boleh berlaku adil dan berkemampuan, teruskan lah niat anda itu haha... 

Sumber : HM

2 Madu Makan Luar, Apa Nak Jadi Ni, Tak Cukup Kah Apa Yang Suami Hangpa Bagi?

 2 Madu Makan Luar, Apa Nak Jadi Ni, Tak Cukup Kah Apa Yang Suami Hangpa Bagi?... SEREMBAN: Seorang suami terpaksa melakukan tanggungjawab yang mungkin tidak pernah dibayangkannya sebelum ini iaitu menjamin dua isterinya yang ditahan pihak berkuasa kerana berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah hotel di Port Dickson, dekat sini.

Difahamkan dalam operasi itu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melakukan pemeriksaan di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat yang berlaku.

Kedua-dua wanita bermadu berusia 30-an itu ditahan selepas didapati bersekedudukan dengan lelaki berusia 30-an di sebuah hotel terkemuka di kawasan pantai peranginan popular itu.

Sumber berkata, ketika serbuan kira-kira jam 3 pagi Khamis lalu, anggota penguat kuasa memberi salam sebelum mengetuk pintu bilik beberapa kali dan menunggu kira-kira setengah jam sebelum dibuka seorang wanita berpakaian lengkap.