Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label internet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label internet. Papar semua catatan

BETULKAH PENGGUNAAN WAYERLESS, WIFI BOLEH MENJEJASKAN KUALITI SPERMA?


BETULKAH PENGGUNAAN WAYERLESS, WIFI BOLEH MENJEJASKAN KUALITI SPERMA? | Adakah menggunakan komputer riba dengan sambungan Internet tanpa wayar akan menjejaskan peluang tiga perempat daripada golongan lelaki untuk menjadi bapa? 

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Conrado Avendano dari Nascentis Medicina Reproductive di Cordoba mendapati penggunaan komputer riba bersama sambungan Internet tanpa wayar dan diletakkan berhampiran organ pembiakan lelaki sebenarnya boleh mengurangkan kualiti sperma mereka.

Ini kerana berdasarkan kajian yang dilakukan menunjukkan sambungan Internet tanpa wayar menghasilkan sinaran gelombang elektromagnet yang mampu memusnahkan sel sperma di dalam organ pembiakan lelaki.

“Penggunaan sambungan Internet tanpa wayar ini juga tanpa disedari boleh menyebabkan kerosakan asid deoksiribonukleik (DNA) dalam sperma,” menurut Avendano lagi.

Bagaimanapun, Persatuan Urologi Amerika Syarikat menyatakan impak penggunaan alat teknologi moden terhadap tahap kesihatan masih samar-samar sebaliknya gaya hidup sihat lebih memainkan peranan penting untuk menentukan kesuburan seseorang individu. SUMBER

(TERKINI) BORANG KE NERAKA, JUAL TUBUH SECARA ONLINE


(TERKINI) BORANG KE NERAKA, JUAL TUBUH SECARA ONLINE KUALA LUMPUR: Sindiket pelacuran yang beroperasi menggunakan Internet dikesan turut menyediakan borang khusus bagi merekrut wanita tempatan untuk dijadikan pelacur dengan menawarkan pakej sepenuh atau separuh masa dengan syarat cukup mudah.

Bagi wanita yang berminat, mereka perlu mengisi borang berkenaan dengan menyertakan nama, gambar muka dan saiz ukuran badan, gaya rambut, warna kulit, alamat dan nombor telefon yang boleh dihubungi.

Selepas gadis yang rambang mata dan berfikiran singkat mengisi serta menghantar ‘borang ke neraka’ itu ke alamat e-mel tertera, ahli sindiket akan menghubungi, seterusnya menawarkan pakej disediakan tanpa perlu bertemu.

Jika persetujuan dicapai, wanita berkenaan perlu menunggu panggilan telefon daripada ahli sindiket terbabit yang mencarikan pelanggan sebelum mengarahkan wanita itu pergi ke mana-mana hotel atau rumah yang dipilih pelanggan.

Sindiket itu menggunakan laman web yang pelayannya beroperasi di luar negara turut mempromosi pelacur dengan pakej mengikut kategori tertentu iaitu pelajar, gadis luar negara, suri rumah, setiausaha dan pekerja pejabat pada harga RM100 hingga RM4,000 sejam mengikut selera pelanggan.

Sumber : Metro