Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label isu luar negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu luar negara. Papar semua catatan

KERETA KALIS PELURU LARIS DI PASARAN BRAZIL

KERETA KALIS PELURU LARIS DI PASARAN BRAZIL SAO PAULO - Semakin ramai golongan sederhana mengubahsuai kereta mereka supaya menjadi kalis peluru di Brazil.

Ia dilakukan bagi melindungi diri daripada tembakan perompak di persimpangan lampu isyarat di sini dan semasa kesesakan jalan raya di ibu kota Brazil, Brasilia.

Firma bahan kimia, DuPont memperkenalkan fiber kevlar dan kaca SentryGlas yang kalis peluru serta dipasang pada kenderaan untuk golongan sederhana di Brazil pada tahun 2008.

Kit kalis peluru itu boleh dipasang pada kereta Chevrolet, Honda dan Kia.

Selain kenderaan persendirian, kit itu akan dipasang pada teksi bagi memastikan keselamatan penumpang menjelang Piala Dunia 2014 dan Sukan Olimpik pada tahun 2016 di Rio de Janeiro.

Seorang pemuda, Alexandre Sarafian, 25, memutuskan untuk membeli peralatan kalis peluru itu untuk sebuah kereta Kia Sportage milik ibunya.

"Ia adalah untuk mengelakkan keganasan," katanya.

Peralatan kalis peluru itu dijual pada harga AS$12,000 (RM45,933) yang seberat 90 kilogram dan mengambil masa hanya 15 hari untuk dipasang. - Reuters

sumber : kosmo online

MENTERI TONTON VIDEO LUCAH LETAK JAWATAN, APA KES NI?

MENTERI TONTON VIDEO LUCAH LETAK JAWATAN, APA KES NI? | Rupa- rupanya KES Tiga orang menteri TAMIL dari selatan India, mereka mengambil tindakan meletak jawatan, semalam, selepas didakwa menonton filem lucah semasa perhimpunan dewan rakyat.
Ketiga-tiga menteri daripada parti pemerintah Bharatiya Janata itu dirakam stesen televisyen tempatan sedang menonton filem lucah di telefon bimbit masing-masing, kelmarin, semasa menteri lain sedang membincangkan rang undang-undang.
Namun, dakwaan itu ditolak seorang daripada mereka yang mendakwa sedang menonton klip video di sebuah parti untuk tujuan perbincangan dan bukannya filem lucah.
Rakaman televisyen menunjukkan ketiga-tiga menteri itu menonton video seorang wanita menari, membuka baju dan melakukan aksi seksual.
Sumber : abgteror.com