Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » , , , , , , , , , , , , , , , , , , » (GOSSIP) TERKINI ROZITA CHE WAN DAN DATUK KHALID MAT JIWA ( DATUK K )

(GOSSIP) TERKINI ROZITA CHE WAN DAN DATUK KHALID MAT JIWA ( DATUK K )


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !



(GOSSIP) TERKINI ROZITA CHE WAN DAN DATUK KHALID MAT JIWA (DATUK K) “Saya bukan bakal isteri baru Datuk K,” kata selebriti terkenal, Rozita Che Wan yang menepis dakwaan akan berkahwin dengan Datuk Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K seperti didakwa laman blog dan portal hiburan.

Rozita berkata, dakwaan terbabit sama sekali tidak masuk akal kerana dia tidak menjalin hubungan dengan mana-mana individu termasuk Datuk K seperti yang dimaksudkan.

“Sejak saya putus hubungan dengan seorang jejaka Singapura yang dikenali dengan nama ‘S’ dua tahun lalu, saya masih belum bertemu dengan jejaka pilihan hati.

“Saya dan anak sangat meminati Datuk Siti (Nurhaliza). Saya tidak mahu dakwaan berkenaan boleh menyebabkan hubungan baik saya sebelum ini dengan Datuk Siti terus dingin, lagi-lagi kami sama-sama artis,” katanya yang dihubungi di sini, semalam.

Rozita, 39, berkata, dia kecewa dan kesal dengan gosip terbaru yang dilemparkan laman blog dan portal hiburan itu kerana ia adalah penyebaran fitnah ke atas dirinya.-hmetro