Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK (JSJN). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK (JSJN). Papar semua catatan

'GATAI PUNGKOQ' SEBAB SUMBAT DADAH DALAM LUBANG JUBUQ


'GATAI PUNGKOQ' SEBAB SUMBAT DADAH DALAM LUBANG JUBUQ | CAMERON HIGHLANDS: Sikap aneh seorang penganggur yang asyik menggaru punggung dipercayai kerana tidak tahan gatal membongkar rahsia apabila dia sebenarnya menyembunyikan 8.90 gram heroin dalam duburnya, petang kelmarin.

Ketika ditahan pada jam 3.30 petang di depan sebuah kedai gunting di Tanah Rata, di sini, lelaki berusia lingkungan 30-an itu kelihatan berada dalam keadaan mencurigakan sebelum diperiksa sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata sebelum itu, polis memeriksa seluruh tubuh penganggur terbabit, namun tidak menemui sebarang objek mencurigakan.

Menurutnya, penganggur terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Cameron Highlands untuk disoal siasat bagi mengetahui lokasi sebenar dia menyembunyikan dadah.

Katanya, ketika didesak supaya mengaku penganggur terbabit tidak berdiri dengan betul apabila asyik menggaru punggung selain menggeliat sebelum mengakui menyembunyikan sepeket heroin dalam duburnya.

“Bagaimanapun, polis kemudian memaksa lelaki terbabit mengeluarkannya sebelum mengesahkan terdapat satu peket plastik lut sinar yang mengandungi serbuk heroin seberat 8.90 gram,” katanya.

Katanya, penganggur terbabit kini ditahan reman selama empat hari di lokap IPD bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. -METRO

(OPS TAPIS) YB ANTARA 27 YANG DITAPIS


(OPS TAPIS) YB ANTARA 27 YANG DITAPIS BANDARAYA MELAKA - Seorang wakil rakyat antara 27 yang diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi semalam.

Wakil rakyat terbabit yang juga pelanggan di premis berkenaan diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Inspektor Mohd Hisham A Rahman, bermula jam 2.40 pagi.

Dalam serbuan itu, seorang ketua pelayan juga dilihat cuba meloloskan diri dengan berlari keluar menuju ke pusat hiburan bersebelahan sebelum dapat dikesan anggota polis, lalu menahannya di tangga premis terbabit.

Tanda tanya kenapa lelaki berusia 24 tahun itu melarikan diri terjawab apabila ujian sari­ngan urin didapati positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamine (AMP).

Menurut sumber, enam wanita tempatan, dua wanita warga China dan seorang dari Indonesia turut diperiksa, sementara seorang lelaki ditahan di hadapan premis berkenaan selepas serbuan dilakukan.

“Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan di hadapan pintu premis tersebut selepas serbuan dilakukan dan hasil ujian urin, lelaki itu, tiga wanita dan lapan lelaki di dalam premis berkenaan didapati positif dadah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata, seramai 12 orang didapati positif dadah ketika pemeriksaan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama (pindaan 2003).

P/s : YB pun pergi berhibur kat tempat-tempat macam tu ka? kesian orang-orang yang dia wakil, kalau sifat  dia macam ni... (KAKI CLUBING / KENCING) hehe...

Sumber : Sinar