Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

▼

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label Menjelang Pilihan Raya | SPR Uji Dakwat Kekal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menjelang Pilihan Raya | SPR Uji Dakwat Kekal. Papar semua catatan

Menjelang Pilihan Raya | SPR Uji Dakwat Kekal

Menjelang Pilihan Raya | SPR Uji Dakwat Kekal | Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikkan Pilihan Raya (PSC) semalam menguji penggunaan dakwat kekal dan menyaksikan demonstrasi susun atur tempat mengundi yang baru diperkenalkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata jawatankuasa berpuas hati dengan beberapa pindaan dilakukan SPR, selain gembira tujuh daripada 10 usul penambahbaikan proses pilihan raya dicadangkan mereka sudah diterima SPR. 


“Tumpuan mesyuarat (semalam) adalah menyaksikan demonstrasi penggunaan dakwat kekal dan cadangan susun atur baru di tempat mengundi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat keenam jawatankuasa itu di bangunan Parlimen, semalam.

Hadir sama Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof; Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar serta ahli PSC iaitu Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Ahli Parlimen Kangar), P Kamalanathan (Ahli Parlimen Hulu Selangor), Loke Siew Fook (Ahli Parlimen Rasah) dan Dr Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai).

Ongkili berkata, SPR memaklumkan kepada PSC bahawa peraturan penggunaan dakwat kekal, buku tata cara serta keputusan Jabatan Kimia dan Majlis Fatwa berhubungnya akan diumum dan dikuatkuasakan pada 1 Februari depan.

“SPR ketika ini dalam proses menyiap buku tata cara penggunaan dakwat kekal supaya ia seragam di seluruh negara, selain menunggu keputusan Jabatan Kimia serta kelulusan Majlis Fatwa berhubung jenis dan kandungan dakwat.