Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label TARIAN TIANG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TARIAN TIANG. Papar semua catatan

(PANAS) BAYAR RM10 UNTUK TONTON TARIAN GHAIRAH


(PANAS) BAYAR RM10 UNTUK TONTON TARIAN GHAIRAH KUALA LUMPUR: Hanya RM10 untuk menonton persembahan ghairah. Itu yang ditawarkan sebuah premis hiburan yang diserbu Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor di Taman Prima, Selayang, di sini, awal pagi tadi.

Dalam serbuan jam 1.30 pagi itu, 23 pelayan pelanggan (GRO) warga asing berpakaian seksi yang asyik menari ghairah di atas pentas peragaan ditahan. Kadar bayaran yang rendah itu menjadi faktor premis hiburan terbabit dikunjungi ramai pelanggan untuk berhibur bersama GRO pilihan.

Ketua Operasi, Asisten Superintendan Azli Abu Shah berkata, ketika serbuan, semua GRO terbabit yang terkejut dengan kehadiran polis melarikan diri melalui pintu belakang premis, namun gagal selepas dikejar anggota polis.

Katanya, dalam serbuan itu, empat lelaki dipercayai penjaga premis dan 23 GRO iaitu lapan warga Thailand, sembilan (Vietnam), empat (Indonesia) dan dua (China) ditahan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati semua mereka yang berusia 19 hingga 39 tahun itu bekerja sebagai penari ghairah dan tidak terbabit aktiviti pelacuran.

“Mereka hanya menari di pentas untuk menghiburkan pengunjung dengan berpakaian seksi,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, pelanggan yang berpuas hati dengan tarian mereka boleh menambah RM10 untuk membeli kalungan bunga bagi diberi kepada GRO terpilih.

SUMBER : myMetro

(GELEK RIMBA) SI TUA BERJOGET SAMPAI PAGI


(GELEK RIMBA) SI TUA BERJOGET SAMPAI PAGI GOMBAK: Joget hingga pagi. Itu ‘menu tambahan’ disediakan sebuah kedai makan di Batu 12 Jalan Gombak-Karak, di sini, yang menjadikan nyanyian dan tarian sebagai tarikan, terutama pada hujung minggu hingga menjadi tumpuan golongan berumur untuk berhibur.

Diibaratkan seperti ‘dangdut rimba’, lokasi kedai makan yang menjadi tumpuan golongan berusia lebih 40-an itu juga dipercayai tiada lesen perniagaan kedai makan selain lesen hiburan walaupun beroperasi sejak beberapa tahun lalu.

Kedudukan kedai makan itu yang agak jauh dari rumah penduduk dan berhampiran kawasan hutan menjadikan ia ‘syurga’ buat pelanggan untuk berhibur tanpa gangguan. Malah, pemilik kedai turut menyediakan penari sebagai daya penarik. Kedai terbabit beroperasi mulai jam 7 malam dan ditutup jam 4 atau 5 pagi setiap hari.

Melalui intipan wartawan Harian Metro di kedai itu mendapati premis terbabit mempunyai tarikannya tersendiri dengan menyediakan rangkaian lagu karaoke, termasuk lagu Hindustan dan dangdut yang digemari golongan berumur. 

Sumber : hmetro