Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » Nasib pemilik wang syiling RM75,000, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga...

Nasib pemilik wang syiling RM75,000, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga...


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !

SUDAH jatuh ditimpa tangga, itu yang boleh dikatakan kepada pemilik wang syiling RM75,000 yang mengalami kemalangan di Kilometer 244 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), dekat susur keluar Pedas, baru-baru ini.

Walaupun kejadian berlaku dua minggu lalu, masih belum terlambat untuk dihuraikan mengenai hukum Islam atas insiden berkenaan.

Berdasarkan laporan akhbar tempatan, orang ramai dikatakan berpusu-pusu menghentikan kenderaan mereka, sebahagiannya bukan untuk menolong mengutip dan mengembalikan wang yang bertaburan itu, sebaliknya mengambil dan melarikan semua wang syiling yang dikutip.

Tentunya penghargaan wajar diberi kepada mereka yang datang membantu tetapi bagi yang mengambil kesempatan melarikan wang terbabit, kejadian seperti ini sangat mendukacitakan dan jelas memperlihatkan betapa rakusnya nafsu keinginan kepada wang.

Mereka sama sekali tidak mengendahkan persoalan hukum. Demikian amaran Rasulullah SAW yang bermaksud: “Akan sampai satu zaman di mana manusia tidak lagi menghiraukan daripada sumber mana diperoleh hartanya, sama ada daripada yang halal atau yang haram.” (Riwayat Al-Bukhari) Lebih teruk daripada itu, tiada lagi rasa ‘malu’ dan hiraukan kecederaan tuan punya wang yang berada di tempat sama.

Mereka juga tidak menghiraukan keselamatan diri sehingga dilaporkan ada yang mengutipnya di tengah-tengah lebuh raya, sehingga akhirnya pihak berkuasa terpaksa menutup laluan bagi memastikan tiada kemalangan nyawa akibat kerakusan itu.

Sumber : myMetro

3 ulasan:

  1. hehe tul tu, skrg ni mcm2 leh jadi dengan duit... tak ada duit bunuh diri yg ada duit pulak kena bunuh... Duit oh duit...

    BalasPadam