Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » Melalui khidmat pesanan ringkas ( SMS ) wanita nyaris dipedaya...

Melalui khidmat pesanan ringkas ( SMS ) wanita nyaris dipedaya...


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !

KUANTAN: Seorang suri rumah nyaris kerugian RM5,000 selepas terpedaya dengan SMS dipercayai diterima daripada satu sindiket penipuan memaklumkan konon dirinya memenangi sejumlah wang tunai, semalam.

Mangsa, Nur Hafsah Sarah Mohamad, 26, berkata dia menerima SMS berkenaan pada jam 6.46 petang ketika sedang mengemas dapur selepas selesai minum petang bersama keluarga.

Menurutnya, dia yang mendakwa tidak pernah menerima SMS sedemikian terkejut selepas melihat hadiah RM17,000 tunai dimenanginya daripada sebuah syarikat minuman kerana kad prabayar miliknya terpilih dalam cabutan bertuah.

Katanya, dia kemudian menghubungi nombor telefon berkenaan dan dijawab seorang lelaki memintanya memasukkan RM5,000 ke dalam akaun lelaki terbabit untuk menuntut hadiah itu.

Nur Hafsah berkata, dia yang tidak menyangka menerima hadiah terbabit cuba bertanya perkara berkenaan kepada rakan sekerjanya sebelum dijelaskan mengenai tawaran hadiah itu adalah satu penipuan.

PS : Hati-hati kalau anda di datangi SMS sedemikan... Lebih baik, abai je lah hehe...

Sumber : myMetro

5 ulasan:

  1. memang slalunya bt tak tau je ngan sms2 mcm tu..kalau fikir logik la kan, mana ada dah menang nak kena masukkan sejumlah duit pulak kat akaun org2 tertentu..nmpak sngt menipu kan..n keatara sngt dah takda jumlah lain diorg nk tipu..asek2 RM17K tu..sy pun sllay trima sms camtu..but deleter terus je..malas nak layan:)

    BalasPadam
  2. @Rama2Ungu sbb tu lah, kita semua perlu berhati-hati...

    BalasPadam
  3. hati2 la.. zaman la ni macam2.. suma duit ja.. aiishhh..


    Salam lawat dari Nadh.
    Assalamualaikum

    BalasPadam