Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » , , » CUTI-CUTI MALAYSIA AKU DI SINI...

CUTI-CUTI MALAYSIA AKU DI SINI...


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !


Selamat malam semua, apakhabar? sekarang alcatraz berada di DJ Citi Point Hotel Kuala Terengganu, dah dua hari alcatraz kat sini, setibanya dari Putrajaya... 4 hari lepas alcatraz bertolak dari kangar ke Putrajaya atas urusan kerja. Rancangan sebelum ini ingin membawa family bercuti ke terengganu di tangguh buat beberapa kali atas urusan kerja yang tidak dapat di elakkan, walau bagaimana pun selepas semua urusan itu selesai alcatraz tunaikan juga janji dengan anak dan isteri yang dah lama menanti saad-saad nak bercuti macam ni...

Pada pagi Jumaat yang lalu alcatraz bertolak dari Putrajaya menuju ke Kuala Terengganu... Perjalan merentasi highway pantai timur merentasi pahang salah satu negeri yang sebelum ini tidak pernah alcatraz lawati membuatkan semangat untuk sampai ke sana berkobar-kobar... untuk makluman rakan-rakan sekelian semua negeri kat malaysia ni alcatraz dah pernah jejakkan kaki, namun hanya pahang sahaja negeri yang belum alcatraz sampai... Sabah dan Sarawak alcatraz dah sampai wei, sekarang dah lengkap lah satu peta malaysia alcatraz pusing hehe... Rekod peribadi dah di pecahkan lagi...

Seronokkan kalau boleh jalan-jalan dengan family macam ni, tapi yang tak tahan tu biasa lah budget mesti mau ingat la, kalau tak ada macam mana nak pi... Tapi semua tu boleh cari, yang pasti pengalaman menambahkan kepuasan dihati... Sekarang dah sampai di lokasi yang ingin di lawati, kami semua menginap di sini DJ Citi Point Hotel Kuala Terengganu. Dekat bawah ni alcatraz ada letak sedikit info tentag Hotel ni... Ini cuma nak berkongsi info bukan nak promosikan Hotel ni hehe... Tak dapat menginap free pun, namun alcatraz puas hati kerana kat sini ada wifi free...

Hotel kecik jer, yang terletak di deretan rumah kedai
Bilik kecil tapi selesa ada astro dan wifi free...
Address: No 16 Pusat Niaga Paya Keladi Jalan Kampung Daik, Kuala Terengganu, Malaysia

Apa yang penting bagi kita sebagai blogger, mesti lah line internet free kan... kalau dah ada wifi free apa nak lagi, boleh lah alcatraz update blog ni hehe... Ok itu sahaja cerita alcatraz kali ini, Doakan keselamatan alcatraz semasa pulang nanti...


10 ulasan:

  1. lawatilah sabah =p
    besst gile sini..smpt lakk pomot
    hihihi

    BalasPadam
  2. Dulu saya pernah berkhidmat di sana, memang best, di sabah memang banyak tempat-tempat peranginan yang cantik2... :)

    BalasPadam
  3. walaupun stay kat Terengganu .. tak perasan pun ade Hotel tu .. ekekekke .. thanks for da info ...

    BalasPadam
  4. Hotel/motel tu kecik jer, yang best tu dekat pulak dengan pasar kedai payang, turun-turun hotel jer leh g shopping :)

    BalasPadam
  5. bestnyer gi bercuti dengan keluarga....
    walaupun eita duk kat dungun terengganu...tapi tak habis pun round satu terengganu tu
    semoga selamat pergi dan balik ye...
    ole2 jangan lupa..heheheh

    BalasPadam
  6. eita, alcatraz dah sampai kangar pun :)

    BalasPadam
  7. wow..dah bercoti222 dah ngan family..kite lom sempat lagi nak bercuti cuti22 ni..insyaallah awal tahun depan mmg dah plan n book awal2 tmpt menginap..tapi tak jauh..dkt2 ni jek..hehehe

    BalasPadam
  8. salam sahabt
    hehehe senengnye lagi cuti cuti malaysia awak di situ hehehe maaf telat yach

    BalasPadam