Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » PUTRAJAYA : Semalam aku disini, untuk apa?...

PUTRAJAYA : Semalam aku disini, untuk apa?...


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !

Selamat malam semua, apahabaq? malam ni alcatraz berada di Putrajaya, esok pagi ada urusan kerja di KSM Putrajaya... Penat wei minggu ni, minggu lepas baru saja g bercuti kat tepeng duk tak duk surat sampai suruh mai putrajaya pulak, cerita dia sesi cuti sekolah kali ni, alcatraz bawak anak bini jalan sungguh la, sampai anak pun kena tuang sekolah... Tapi esok saja dia tuang, tak boleh ajaq tuang lama-lama nanti tak mau pi sekolah terus alcatraz jugak yang susah hehe...

Esok pagi jam 9.00am dah nak kena tepacak kat opis KSM sebab kami semua akan diberi opsyen persaraan lebih awal berbanding staf-staf kerajaan yang lain hehe, maklum la kerja kami ni special sikit... Esok jangan ada yg telefon tanya org kat JPA sudah la, tentang benda ni... Sebenarnya semua tu alcatraz auta hangpa ja, bukan apa hanya nak bagi panjang cerita; haha...

Cerita sebenar, esok alcatraz nak kena p menandatangani satu opsyen pertukaran ketua perkhidmatan... Bagi yang memilih opsyen ini, kami semua akan diletakkan di bawah ketua perkhidmatan yang baru iaitu ( KSU kementrian kerja raya ). lepas ni jadi org JKR pulak la alcatraz wei, ada peluang lah nak naik pangkat cepat berbanding dalam kementerian sekarang ni, sekiranya ada rezeki ada la, kalau tak dak nak buat macam mana hehe... Ada jugak rakan-rakan alcatraz yang tak nak pilih opsyen tu, mungkin depa ada sebab masing-masing untuk berbuat demikian, tapi alcatraz tetap dengan pendirian untuk berpindah kementerian... Alcatraz harap perubahan yang ingin alcatraz buat ini, boleh memajukan lagi kerjaya alcatraz dimasa-masa mendatang insyaALLAH... OK lah sekadar itu sahaja yang dapat alcatraz kongsikan dengan anda semua malam ni, mata dah kelip pok - kelip pok ( pejam celik - pejam celik ) ngantuk sangat tak cukup tidoq, maklum lah jalan jauh... sekian untuk malam ini, assalamua'laikum...

2 ulasan: