Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » DNA lelaki Y Sah milik Anwar Ibrahim, betul ka?

DNA lelaki Y Sah milik Anwar Ibrahim, betul ka?


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan berhujah di Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa profil DNA Male Y yang ditemui pada dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan adalah milik Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Peguam Cara Negara 11, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden, DNA Male Y itu disahkan sepadan dengan DNA yang diambil daripada tiga sampel milik Anwar selepas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ditahan semalaman dalam lokap Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 16 Julai 2008.

Pakar kimia Makmal Forensik DNA Jabatan Kimia, Nor Aidora Saedon sebelum ini mengesahkan tiga barang tersebut iaitu sebatang berus gigi, sehelai tuala Good Morning dan sebotol air mineral kosong sepadan dengan DNA Male Y pada dubur Mohd. Saiful.

Dr. Seah Lay Hong dari Jabatan Kimia dalam keterangan sebelum itu telah menamakan satu DNA lelaki asing sebagai DNA Male Y yang ditemui bersama-sama DNA Mohd. Saiful pada dubur dan dua helai seluar dalam milik pengadu berkenaan.

Kata Mohd. Yusof, Anwar adalah tahanan tunggal yang ditahan di lokap pada 16 Julai 2008 sehingga 17 Julai 2008.

“Sampel-sampel yang diperoleh bagi tujuan analisis DNA tidak tercemar dan bukti DNA Male Y juga tidak dibantah oleh pihak pembelaan semasa perbicaraan,” kata beliau.

Sumber : Kosmo

5 ulasan:

  1. entah la...idealogyc pun keliru..yg penting tuan badan dan Allah shj yg tahu kebenarannya...

    BalasPadam
  2. kes yang paling lawak dlm sistem kehakiman dalam dunia ni. aku xlarat gelak dah dengan kes2 yg timbul..bodoh tol sepol..

    BalasPadam
  3. @MagikaKotak hehe lawak tu memeng lawak la, tapi nasib baik kali ni depa tak angkat tilam bawak p mahkamah...

    BalasPadam