Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » Tumpat : Dalam usia 82 tahun baru dapat lesen memandu, tahniah pak long...

Tumpat : Dalam usia 82 tahun baru dapat lesen memandu, tahniah pak long...


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !

TUMPAT – Demi kasih sayangnya kepada cucu, seorang warga emas sanggup bersusah payah berpanas mengambil ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mendapatkan lesen menunggang motosikal.

Abdullah Che Ibrahim, 82, berkata, sungguhpun agak perit bagi orang telah berusia lanjut sepertinya, atas rasa tanggungjawab menghantar cucunya ke sekolah menggunakan motosikal, beliau sanggup menjalani ujian itu.

Abdullah berkata, beliau mengambil ujian kerana sudah serik disaman oleh polis kerana menunggang motosikal tanpa lesen.

Beliau merupakan satu-satunya warga emas yang lulus ujian bagi mendapatkan lesen menunggang motosikal setelah dapat melakukan pusingan lapan, meniti di garis lurus dan melakukan brek kecemasan dengan sempurna.

"Saya gembira dapat lesen dan kini dapatlah hantar cucu ke sekolah dan jalan tanpa bimbang,” katanya kepada pemberita selepas menerima lesen itu pada majlis penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ di Sekolah Kebangsaan Sri Neting, dekat sini, hari ini. – Bernama

4 ulasan:

  1. sory lama xdtg.huhu.
    lesen?? zaty pn xdak g.waaaaaaa.xkn umo 82 bwu nk dpt kot

    BalasPadam
  2. @zaty luvlianncezzz ya lah, org dulu2 mana ada ambik lesen. sekarang kemudahan dah ada depa ambik la hehe... zaty kat mana tu?

    BalasPadam
  3. yes
    hendak seribu daya
    tak hendak seribu dalih

    tahniah atuk!

    BalasPadam
  4. @tehr usaha tangga kejayaan... umur bukan penghalang... :)

    BalasPadam