Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » Harga Gula Naik Pulak, Apa Cerita?

Harga Gula Naik Pulak, Apa Cerita?


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !

Stock Gula Banyak

 Kilang BesaQ

 Ladang Tebu Luas

Tapi Harga Gula Naik lagi 20sen hehe nasib nasib...

PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai esok.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi hari ini.

"Kerajaan telah membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, Majlis Ekonomi Negara menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Sebagai contoh, katanya harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50).

Mohd Zain berkata, sebelum merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM400 juta setahun.

Dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM283.4 juta setahun dan penjimatan sebanyak RM116.6 juta setahun boleh diguna untuk pembangunan lain, katanya. – Bernama

7 ulasan:

  1. karut semua ini. tgk contoh kat minyak la..petronas dok korek merata,hasil myk pon byk,tp dok p kemana xtaw hasil myk tu.sptutnya hasil tu la leh tampung subsidi untuk rakyat.. sama la ngan isu gula ni, bek perlis xyah tanam tebu byk2 kalo rakyat perlis xmerasa kelebihan pepa pon..zZz

    BalasPadam
  2. @MagikaKotak alcatraz sokong sangat lah pendapat tu... Yang kaya bertambah kaya, yg susah papa kedana kata orang utagha...

    BalasPadam
  3. nasib..nasib..naik memanjang...

    BalasPadam
  4. ini boleh mendatangkan api kemarahan di kalangan rakyat..

    BalasPadam
  5. @Mrs.Yie PRU nanti kita cuba kalih tengok hehe... ada berani? :)

    BalasPadam
  6. mmm...nasib badan ler kan..hehehe

    BalasPadam
  7. nthla nk ckap cmna....tpi dri sgi kunun2 komen berilmiah...mslahnya kat mlaysia ni cuma ada 1 (kalau xslah) pngeluar tunggal gula...klau dia naikkan org trpksa bli jugak...tpi klau ada bnyak pngeluar, mka hrga tu mgkin bleh dkontrol....

    BalasPadam