Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » Lelaki Asid diburu Polis...

Lelaki Asid diburu Polis...


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !

SHAH ALAM – Polis sedang bekerjasama dengan persatuan teksi untuk mengesan dua lelaki terlibat dalam 22 kes menyimbah cecair dipercayai asid.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, persatuan teksi bersetuju membantu polis dalam pertemuan baru-baru ini.

“Bantuan mereka amat diperlukan kerana mereka sering berada di setiap lokasi. Mereka sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk mengesan suspek.

“Berilah kepercayaan kepada kita dan suspek pasti akan diberkas,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, semalam.

Menurutnya, setakat ini, siasatan polis mendapati suspek berkulit gelap dan menaiki motosikal.

“Kita perlukan maklumat yang lebih, antaranya pakaian suspek, botol apa yang dipegang suspek dan jenis motosikal yang digunakan. Mangsa atau orang awam yang mempunyai maklumat perlu tampil,” katanya.

Beliau berkata melalui siasatan, suspek dikesan melakukan kegiatan itu pada waktu petang dari Isnin hingga Jumaat dan pada waktu pagi pada Sabtu serta Ahad.

Mengulas lanjut katanya, suspek juga dipercayai terlibat dalam tiga kes sama di Selangor dan motif kejadian itu masih disiasat.

Semalam akhbar melaporkan kebanyakan wanita yang menjadi mangsa diserang semasa bersendirian atau berjalan di laluan tidak sesak menuju ke kawasan letak kereta atau stesen transit aliran ringan.

Perbuatan mereka didapati aktif sejak Februari lalu. Cecair terbabit memberi kesan gatal kepada mangsa jika terkena kulit, tetapi tidak mengakibatkan lecur.

Sumber : Sinar

4 ulasan:

  1. buru jgn x buru..
    lani opis block chatbox bro..
    kena jejalan ngan komen plak..
    hahahahaha....

    BalasPadam
  2. @ammboi.blogspot pasai apa depa block chatbox tu bro, tak nak bagi staff chatting ka? hehe macam2 depa no...

    BalasPadam
  3. kalu dpt tangkap simbah jer balik asid tu kt dia

    BalasPadam
  4. @shark Aku sokong, bukan setakat simbah jer elok rendam terus kat dalam asid tu biar dia rasa... Gila punya olang... hehe...

    BalasPadam