RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !
Assalamualaikum dan salam buat semua rumpunan blogger-blogger, pagi ni tergerak hati nak tulis satu segmen ni. Semalam pemilik segmen Abgteror jemput Alcatraz join segmen ni, tapi semalam blog tak boleh nak update, tak tau pasai pa, rasa-rasa kena block kut, macam selalu duk kena tu, al maklum la guna internet free hehe biasa lah kan...
Tapi bila bukak pagi ni pakai netbook orang rumah boleh pulak bukak dan update blog ni, Rasa-rasa depa block IP jer kut, apa-apapun bila dah boleh ni alcatraz tak lepaskan peluang ni pergi bergitu saja lah...
Berbalik kepada tajuk di atas,"tanah tumpah darahku" memang membangkitkan lagi semangat untuk turut serta dan menjawab soalan yang di sediakan tu, mana lah tau kut-kut dapat hadiah misteri hehe... Ada kasi hadiah ka bro teror? tapi rasanya tak kut sebab segmen ni rasanya nak kumpulkan semua blogger yang ada kat malaysia ni dalam senarai yang ada di blog beliau, lepas ni senang la kita nak cari kawan bila nak berkunjung ke negeri-negeri tersebut dan hadiah tu semuanya dapat, nak tau apa hadiahnya, hadiahnya ialah ( persahabatan ) betul tak bro... Ok dalam segmen ni ada beberapa soalan yang aku perlu jawab, soalan-soalannya iyalah...
1. Dimana anda di lahirkan?
2. Dimana anda di besarkan?
3. Negeri pilihan anda untuk di masukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.
4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.
Jawapan...
1. Dilahirkan kat rumah jer, yang tolong sambut pun mak bidan kampung bukannya mak misi hospital hehe.
2. Di besarkan kat area aloq staq kedah, semua tau kan aloq staq tu kat mana, kalau tak tau mai lah singgah kedah aku boleh bawak hangpa semua putaq-putaq keliling bandaq...
3. Negeri pilihan tentu lah negeri Kedah darulaman tanah tumpah darah ku...
4. Dari kecik sampai besaq memang tak pindah mana-mana duk kat sini ja belajaq pun kat sini, umoq 20 baru keluaq cari rezeki kat tempat orang, tapi aku rasa kedah lah negeri yang paling sesuai dengan jiwa aku tenang serta damai bak keindahan bendang yang menghijau...
Rasa-rasa dah panjang kut aku melalut... Sekian P/s : Persahabatan yang baik itu akan dikenang sampai bila-bila...
salam dari kelantan..:)..
BalasPadamhttp://syuxermelankolia.blogspot.com