Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » , , » Atasi Anak Kencing Malam (Enuresis)

Atasi Anak Kencing Malam (Enuresis)


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !


Atasi Anak Kencing Malam (Enuresis). Anak anda sudah menjangkau enam tahun namun masih lagi kencing malam. Kencing malam atau terma perubatan ialah Enuresis adalah keadaan dimana kanak-kanak kencing tanpa disedari semasa tidur.

Kebanyakan kanak-kanak berhenti kencing malam selepas berumur lima atau enam tahun tetapi ada juga kajian menunjukkan 10 hingga 15 peratus daripada kanak-kanak yang berumur 5 hingga 12 tahun masih terus kencing malam.

Masih terdapat lebih kurang 6.2% daripada kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun masih lagi kencing malam. Tidak dapat dinyatakan dengan tepat kenapa berlakunya enuresis ini tetapi dipercayai kerana ruang pundi kencing yang kecil atau gangguan tidur atau kurang penghasilan hormon yang dipanggil vassopressin semasa tidur ( Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing diwaktu malam).

Keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak merasa rendah diri kerana ketidakupayaan tersebut dan mengakibatkan masalah psikitrik jika ibu juga tidak memberi sokongan yang sepatutnya.

Antara langkah-langkah yang boleh di lakukan ialah :

- Jangan salahkan anak anda, ini bukan kesalahannya. Bercakap tentang perkara ini secara terbuka dengan anak anda.

- Memberi ganjaran kepada anak jika dia tidak kencing pada malam tersebut.

- Loceng kencing malam iaitu membangunkan anak pada waktu tertentu (tidak banyak terdapat di Malaysia).

- Guna pelapik tilam yang kalis air.

- Ubatan untuk membantu anak anda kekal kering, dapatkan bantuan doktor mengenai perkara ini.

- Perlu di beri perhatian, enuresis akan bertambah baik bila umurnya meningkat dan sebagai ibu anda perlu sentiasa sabar dan mencuba pelbagai cara untuk membantu mengatasi masalah tersebut.

P/s : selamat mencuba ya ibu-ibu...