RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !
( Bantuan Khas BR1M ) Pendapatan RM3,000 Kebawah Layak Terima Bantuan. Seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah dan memperoleh pendapatan kasar isi rumah kurang RM3,000 dikategorikan sebagai isi rumah yang layak memohon pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataan semalam, berkata ia merangkumi individu berkahwin, ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan, bujang yang mempunyai tanggungan dan warga emas berusia lebih 60 tahun yang sebatang kara.
Katanya, setiap anak berkahwin yang mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 ke bawah tetapi tinggal serumah dengan ibu bapa, dikira sebagai satu isi rumah berlainan.
“Pendapatan kasar isi rumah merujuk kepada pendapatan suami, isteri dan tanggungan yang masih bujang dan hanya ketua isi rumah saja yang layak memohon,” katanya.
Berikutan itu, Kementerian Kewangan membuka Bilik Gerakan untuk operasi Talian Hotline BR1M 1-800-222-500 bermula semalam bagi memudahkan orang ramai mendapat penjelasan lanjut mengenai pelaksanaan BR1M.
Talian Hotline ini beroperasi setiap hari bekerja, mulai jam 9 pagi hingga 5 petang. Kementerian itu juga mengingatkan bahawa pendaftaran permohonan BR1M akan bermula pada 10 Disember ini hingga 10 Januari 2012.
Ahmad Husni berkata, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Penerangan Malaysia, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) serta akhbar tempatan.
“Borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan salinan kad pengenalan dan slip gaji bagi yang berkenaan dan diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, Jabatan Penerangan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDNM,” katanya.
Beliau berkata, kementerian juga akan membuka pendaftaran di sekolah terpilih, dewan komuniti serta dewan orang ramai yang berdekatan, dengan dibantu petugas sambilan bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran. – BERNAMA
Entri berkaitan : RM500 BANTUAN KERAJAAN BAGI ISI RUMAH BERPENDAPATAN KURANG DARI RM3000 BERMULA JANUARI 2012 , (Berita Belanjawan) Cara Daftar Bantuan RM500 10/12/2011 Dan Syarat Kelayakkan Bantuan.