Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » , » Jusa, Turus Diisi Pihak Luar? CUEPACS Tidak Bersetuju.

Jusa, Turus Diisi Pihak Luar? CUEPACS Tidak Bersetuju.


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !

Jusa, Turus Diisi Pihak Luar? CUEPACS Tidak Bersetuju Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengisi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan Turus dengan kepakaran luar, terutama daripada sektor swasta.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata cadangan itu jika dilaksanakan, seumpama menganaktirikan penjawat awam sedia ada yang lama berkhidmat dan mempunyai pengalaman serta kepakaran dalam bidang tertentu.

Katanya, seharusnya keutamaan jawatan itu diberi kepada penjawat sedia ada, terutama generasi muda yang mempunyai idea dan kebolehan agar kualiti kerja dapat ditingkatkan.
“Kenapa perlu ambil orang luar yang tidak tahu apa-apa mengenai jabatan kerajaan sedangkan kita tahu masih ramai penjawat awam berkebolehan untuk menjawat jawatan itu.

“Jika sudah tiada (penjawat awam) yang layak... mungkin orang luar boleh mengisinya, tetapi dengan syarat bukan semua jawatan ditawarkan,” katanya ketika memberi taklimat mengenai Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SSBPA) dan Pembangunan Bersepadu Penilaian Kompetensi (PROSPEK) di Stadium Negeri di sini, semalam.

Omar mengulas laporan akhbar sebelum ini berkaitan cadangan untuk mengubahsuai skim JUSA dan Turus bagi membolehkan kepakaran luar, termasuk daripada sektor swasta diambil mengisi jawatan itu.

“Pihak kami juga memanjangkan perkara ini kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi membantah cadangan itu,” katanya. – BERNAMA