Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » , , , , , , » SENARAI 6 RATU AMAT DI KEHENDAKI PIHAK POLIS | TIPU JUTAAN RM

SENARAI 6 RATU AMAT DI KEHENDAKI PIHAK POLIS | TIPU JUTAAN RM


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !


SENARAI 6 RATU AMAT DI KEHENDAKI PIHAK POLIS | TIPU JUTA RM | IPOH: Enam wanita turut tersenarai dalam carta penjenayah paling dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terbabit jenayah penipuan khususnya membabitkan pelaburan haram dan skim cepat kaya.

Enam wanita warga Malaysia itu layak dilabel ‘ratu putar alam’ ini kerana amat licik menjalankan penipuan hingga membolehkan mereka mengaut hasil penipuan bernilai ratusan juta ringgit.

Sumber Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman memberitahu Harian Metro, keenam-enam mereka yang berusia 33 dan 51 tahun sukar dikesan kerana dipercayai sudah menyusup ke luar negara selain melakukan penyamaran fizikal dan menukar identiti pengenalan diri.

Sehubungan itu, katanya, PDRM menjalin kerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menjejak mereka, tambahan pula sebahagian daripada mereka dikehendaki polis negara lain kerana melakukan jenayah di negara berkenaan.

Menurutnya, seorang daripada penjenayah dikehendaki itu ialah Rohaniza Aladib, 33, yang disyaki terbabit penipuan ratusan mangsa termasuk beberapa artis terkenal tanah air sehingga mencecah RM400 juta.

Sumber : metro