Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » , » 79 PELACUR MUDA SELAMAT DARI DIRATAH LELAKI DURJANA

79 PELACUR MUDA SELAMAT DARI DIRATAH LELAKI DURJANA


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !


79 PELACUR MUDA SELAMAT DARI DIRATAH LELAKI DURJANA WASHINGTON: Seramai 79 remaja yang dikurung dan dipaksa menjadi pelacur diselamatkan dari sejumlah hotel, hentian lori dan pusat maksiat dalam operasi selama tiga hari di seluruh Amerika Syarikat, kata pihak berkuasa semalam.

Pegawai Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berkata, 104 bapa ayam juga ditahan dalam operasi di 57 bandar raya negara itu. Katanya, serbuan dilakukan antara Khamis dan Sabtu lalu, membabitkan pihak berkuasa negeri dan Persekutuan, serta anggota FBI. “Remaja terbabit berusia antara 13 dan 17 tahun ditahan sehingga mereka dapat ditempatkan di mana-mana pertubuhan kebajikan,” katanya.

Menurut jurucakap itu, semua mangsa sindiket pelacuran itu adalah warga AS dan dua daripada mereka adalah kanak-kanak lelaki. Seorang daripada mereka, kata sumber itu, terbabit dalam aktiviti pelacuran sejak berusia 11 tahun.

“Kes itu bukan terpencil dan bukti menunjukkan kanak-kanak diperdaya melalui media sosial sebelum dikurung dan diancam.

“Selepas diperangkap, mangsa dipindahkan dari satu bandar raya ke bandar raya lain,” katanya. Sementara itu, presiden sebuah pertubuhan kebajikan, Ernie Allen, berkata isu pelacuran membabitkan kanak-kanak berlaku di semua bandar raya di AS.

“AS percaya gejala ini cuma berlaku di tempat lain,” katanya. - Reuters