Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » , , » (TERKINI) PUNCA SEBENAR PASANGAN AMUK DI JPM PUTRAJAYA

(TERKINI) PUNCA SEBENAR PASANGAN AMUK DI JPM PUTRAJAYA


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !

(TERKINI) PUNCA SEBENAR PASANGAN AMUK DI JPM PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang mengaku dirinya Imam Mahdi bersama pasangannya, seorang wanita mengamuk sambil masing-masing melibas pedang samurai ke arah orang ramai dan penjawat awam selepas menceroboh masuk ke kawasan pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini, hari ini.


Dalam kejadian pada jam kira-kira 2.30 petang itu, seorang daripada suspek terbabit turut meletakkan pedang samurai pada leher seorang daripada anggota polis bantuan serta melibas dan merosakkan cermin kereta di perkarangan bangunan berkenaan. 


Keadaan yang tidak terkawal dan berbahaya itu memaksa anggota polis melepaskan tiga das tembakan ke arah dua suspek terbabit, dengan dua das daripadanya terkena pada tangan kanan dan bahagian bawah perut suspek lelaki, manakala satu tembakan lagi terkena paha kanan wanita itu. 

Berikutan itu, kedua suspek terbabit dibawa ke Hospital Putrajaya, sebelum suspek lelaki disahkan meninggal dunia kira-kira 15 minit dimasukkan ke hospital berkenaan, manakala suspek wanita masih menerima rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

P/s : Dah macam-macam berlaku kat Malaysia ni, tu pun depa tak mau sedaq lagi... Fikir dan renung-renungkan...

2 ulasan:

  1. jadi apa puncanya?

    BalasPadam
  2. akm. tertekan untuk mencari imam mahdi agaknya. akhirnya terpaksa diri sendiri untuk mengaku menjadi imam mahdi... kesian dia...

    BalasPadam