Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » , , , , , , , » (TERKINI) PNB AGIH 6.6 SEN SEUNIT, UNTUK PELABUR AMANAH SAHAM WAWASAN 2020 (ASW)

(TERKINI) PNB AGIH 6.6 SEN SEUNIT, UNTUK PELABUR AMANAH SAHAM WAWASAN 2020 (ASW)


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !

AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.6 sen seunit bagi dana Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2012, iaitu satu sen lebih tinggi berbanding 6.50 sen seunit tahun lalu.



Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Hamad Kama Piah Che Othman berkata, agihan berkenaan membabitkan pembayaran berjumlah RM981.89 juta iaitu peningkatan sembilan peratus daripada jumlah RM900.72 juta yang diagihkan pada tahun lalu.

“Dividen yang diagihkan untuk ASW 2020 pada tahun ini adalah lebih tinggi berbanding tahun lalu dan ia secara tidak langsung membuktikan keadaan pasaran yang baik dan memberi kelebihan kepada pelabur,” katanya selepas pengumuman agihan ASW 2020 yang turut dihadiri Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, ASNB berupaya mengagihkan sehingga 8.6 sen seunit untuk tahun ini, namun pihaknya membuat keputusan untuk membawa ke hadapan sebanyak dua sen seunit bagi tahun kewangan yang akan datang bagi membantu pelabur mendapatkan pulangan yang lebih baik.

“Walaupun kami mampu membayar agihan sebanyak 8.6 sen seunit, namun kami mengambil keputusan untuk mengagihkan sebanyak 6.6 sen seunit dan baki dua sen seunit dimasukkan ke akaun pelabur untuk pendapatan bagi 2013.

“Langkah berkenaan diambil bagi membolehkan dana sedia ada diuruskan dengan lebih baik dan membantu pelabur mendapatkan pulangan yang lebih baik,” katanya.

Menurutnya, seramai 907,594 pemegang unit yang melanggan 14.85 bilion unit ASW 2020 akan mendapat manfaat daripada pembayaran itu dan agihan berkenaan akan dikreditkan ke buku pelaburan pemegang unit mulai 1 September ini.

Sehingga 15 Ogos lalu, ASW 2020 mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM1.2 bilion dengan keuntungan daripada jualan saham menyumbang sebanyak RM334.59 juta atau 27.7 peratus, manakala pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pendapatan lain menyumbang sebanyak RM204.62 juta (17 peratus).

Pendapatan dividen daripada syarikat pelaburan menyumbang RM666.55 juta atau 55.3 peratus daripada jumlah pendapatan kasar.

P/s : Bagi yang banyak mencarum tu, sedap lah no... tapi jangan lupa untuk keluarkan zakat ya haha... 

Sumber : Metro