Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label PAKATAN PEMBANGKANG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAKATAN PEMBANGKANG. Papar semua catatan

KALAU ANAK JANTAN BERSAING LAH DI PETI UNDI

KALAU ANAK JANTAN BERSAING LAH DI PETI UNDI | Betapa angkuhnya percakapan kawan ni dalam berita TV3SUKU tadi, kah kah kah cuak aku dengaq, takutttttttttt hehe, jgn angkuh sangat laaa kawan, kerana mulut badan binasa...

 Macam ni kah caranya? pakat-pakat lambung peti undi haha.

P/s : Anak Jantan Ke Tuuu???

ITU BUKAN KERJA ANA, KATA AZMIN ALI (18SX)


ITU BUKAN KERJA ANA, KATA AZMIN ALI (18SX) Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan seks membabitkan dirinya dan menyifatkan ia sebagai fitnah menjelang pilihan raya umum ke-13.

Azmin berkata, dakwaan itu berunsurkan fitnah dan mengencamnya sekeras-kerasnya atas tohmahan ke atas dirinya yang bertujuan untuk mengaibkan beliau dan keluarga.

“Fitnah ini memamparkan seorang lelaki yang tohmah sebagai saya bersama seorang wanita di dalam tandas. Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut.

“Ia adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap (Ketua Umum PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Beliau mengulas mengenai beberapa keping gambar yang disebarkan di blog-blog yang menunjukkan seorang lelaki yang didakwa miripnya bersama seorang wanita yang melakukan seks oral dalam tandas.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak kesal berikutan dakwaan itu adalah fitnah bersiri terhadapnya dan keluarga selepas dakwaan pemilikan saham, menghina Raja-Raja Melayu dan baru-baru ini mencetuskan provokasi dalam perhimpunan Bersih 3.0.

“Sebelum ini saya dan isteri serta anak telah melakukan ujian DNA sebanyak dua kali pada Julai 1998. Kedua-dua keputusan ujian tersebut menempelak fitnah ke atas saya, isteri dan keluarga.

“Hasil ujian jelas menyebut serta mengesahkan saya dan isteri merupakan ibu bapa kandung kepada kami. Ujian DNA tersebut sekali gus memelihara maruah saya dan keluarga,” katanya.

Menurut Azmin, setelah kesemua fitnah tidak berjaya, mereka mengulangi skrip usang fitnah seks yang memualkan untuk mengaib dan mematahkan semangatnya.

“Fitnah jahat seperti ini diulang-ulang untuk membentuk persepsi rakyat terhadap maruah dan kredibiliti saya menjelang pilihan raya,” katanya.-MSTAR

(TARIKH PILIHAN RAYA) LAPORAN AKHIR PSC ESOK !


(TARIKH PILIHAN RAYA) LAPORAN AKHIR PSC ESOK ! KUALA LUMPUR - Laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya akan diketahui selepas mesyuarat terakhir esok.

Pengerusinya, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, esok adalah mesyuarat terakhir menentukan senarai usul-usul yang akan dibentangkan.

Menurutnya, hampir 80 peratus usul telah dipersetujui, namun tidak dapat didedahkan lagi.

"Masih terdapat beberapa perkara  yang perlu dipertimbangkan lagi malam ini untuk mendapatkan persetujuan," katanya kepada pemberita selepas selesai mesyuarat, di bangunan Parlimen, hari ini.

Ongkili juga menyuarakan,beliau berpuas hati dengan perkembangan PSC dan kerjasama yang diberikan oleh komuniti yang membantu memperkasakan isi kandungan laporan tersebut.

Laporan akhir cadangan dijangka siap sebelum akhir bulan ini untuk dibentangkan di Parlimen 2 April ini.

PSC yang diumumkan penubuhannya Oktober lepas dianggotai lima wakil kerajaan Barisan Nasional,tiga wakil pembangkang dan seorang wakil bebas.

Wakil-wakil kerajaan selain daripada Ongkili ialah anggota Parlimen Kapit, Datuk Alaxender Nanta Linggi; Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad; Ahli Parlimen Alor Gajah, Tan Sri Dr Fong Chan Onn dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan.

Manakala wakil pembangkang terdiri daripada Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali; Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli. Wakil bebas ialah Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.

Sumber : SH