Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

▼

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label TARIKH PILIHAN RAYA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TARIKH PILIHAN RAYA. Papar semua catatan

PILIHAN RAYA UMUM KE 13 | AZIMAT GILA KUASA | SI YB DURJANA



PILIHAN RAYA UMUM KE 13 | AZIMAT GILA KUASA | SI YB DURJANA | SUBANG JAYA: Ghairah mendapatkan kedudukan, pengaruh dan kuasa melalui jalan pintas mengakibatkan segelintir ahli politik menggadai akidah melakukan perkara khurafat dengan mempercayai azimat, wafak, cincin serta amalan pembacaan mantera tertentu.

Demi cita-cita politik, mereka yang sebahagian besarnya golongan veteran sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan pelbagai benda pelik kononnya mampu memberi manfaat kepada pemakainya bagi memastikan hajat tercapai.

Antara alat kononnya ajaib yang menjadi buruan ahli politik, terutama ketika bahang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin dekat ialah cebisan kelambu Kaabah atau kiswah yang didakwa mampu melariskan diri si pemakai, cincin permata ganjil yang dipakai sebelum berceramah bagi membuatkan pendengar terpengaruh dan kulit rusa putih.

Cemara babi juga dicari kononnya membuatkan si pemakai kebal iaitu pihak lawan sukar menjatuhkannya dalam arena politik.

Mendedahkan perkara itu, Pengamal Perubatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie berkata, kebiasaannya benda pelik itu diperoleh daripada bomoh yang menjalankan khidmat mereka tanpa bersandarkan al-Quran.

P/s : Rasa-rasa hangpa semua la, YB belit mana yang banyak buat kerja-kerja kurafat tu???

SUMBER : myMetro

(TARIKH PILIHAN RAYA) LAPORAN AKHIR PSC ESOK !


(TARIKH PILIHAN RAYA) LAPORAN AKHIR PSC ESOK ! | KUALA LUMPUR - Laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya akan diketahui selepas mesyuarat terakhir esok.

Pengerusinya, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, esok adalah mesyuarat terakhir menentukan senarai usul-usul yang akan dibentangkan.

Menurutnya, hampir 80 peratus usul telah dipersetujui, namun tidak dapat didedahkan lagi.

"Masih terdapat beberapa perkara  yang perlu dipertimbangkan lagi malam ini untuk mendapatkan persetujuan," katanya kepada pemberita selepas selesai mesyuarat, di bangunan Parlimen, hari ini.

Ongkili juga menyuarakan,beliau berpuas hati dengan perkembangan PSC dan kerjasama yang diberikan oleh komuniti yang membantu memperkasakan isi kandungan laporan tersebut.

Laporan akhir cadangan dijangka siap sebelum akhir bulan ini untuk dibentangkan di Parlimen 2 April ini.

PSC yang diumumkan penubuhannya Oktober lepas dianggotai lima wakil kerajaan Barisan Nasional,tiga wakil pembangkang dan seorang wakil bebas.

Wakil-wakil kerajaan selain daripada Ongkili ialah anggota Parlimen Kapit, Datuk Alaxender Nanta Linggi; Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad; Ahli Parlimen Alor Gajah, Tan Sri Dr Fong Chan Onn dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan.

Manakala wakil pembangkang terdiri daripada Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali; Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli. Wakil bebas ialah Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.

Sumber : SH