Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label pelacur jalanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pelacur jalanan. Papar semua catatan

(TERKINI) BORANG KE NERAKA, JUAL TUBUH SECARA ONLINE


(TERKINI) BORANG KE NERAKA, JUAL TUBUH SECARA ONLINE KUALA LUMPUR: Sindiket pelacuran yang beroperasi menggunakan Internet dikesan turut menyediakan borang khusus bagi merekrut wanita tempatan untuk dijadikan pelacur dengan menawarkan pakej sepenuh atau separuh masa dengan syarat cukup mudah.

Bagi wanita yang berminat, mereka perlu mengisi borang berkenaan dengan menyertakan nama, gambar muka dan saiz ukuran badan, gaya rambut, warna kulit, alamat dan nombor telefon yang boleh dihubungi.

Selepas gadis yang rambang mata dan berfikiran singkat mengisi serta menghantar ‘borang ke neraka’ itu ke alamat e-mel tertera, ahli sindiket akan menghubungi, seterusnya menawarkan pakej disediakan tanpa perlu bertemu.

Jika persetujuan dicapai, wanita berkenaan perlu menunggu panggilan telefon daripada ahli sindiket terbabit yang mencarikan pelanggan sebelum mengarahkan wanita itu pergi ke mana-mana hotel atau rumah yang dipilih pelanggan.

Sindiket itu menggunakan laman web yang pelayannya beroperasi di luar negara turut mempromosi pelacur dengan pakej mengikut kategori tertentu iaitu pelajar, gadis luar negara, suri rumah, setiausaha dan pekerja pejabat pada harga RM100 hingga RM4,000 sejam mengikut selera pelanggan.

Sumber : Metro

(TERKINI) JUAL PEREMPUAN MELALUI SMS

(TERKINI) JUAL PEREMPUAN MELALUI SMS KUALA LUMPUR – Dalang di sebalik sindiket pelacuran kini lebih kreatif apabila mereka didapati menggunakan taktik menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi mencari pelanggan baharu terutamanya dalam kalangan orang Cina.

SMS berbahasa Mandarin itu yang dihantar secara rawak turut mengandungi maklumat lengkap senarai gadis yang dibekalkan selain harga dan lokasi urus niaga seks terbabit.

Menurut butiran SMS berkenaan, pelacur yang ditawarkan terdiri dalam kalangan pelajar tempatan. Ia mendakwa sebahagian mereka baru berusia 15 tahun dan boleh dilanggan dengan harga RM298 termasuk sewa bilik.

Seorang wartawan yang menyamar sebagai pelanggan berjaya menghubungi nombor telefon yang tertera dalam SMS berkenaan.


Gadis yang menawarkan perkhidmatan seks akan ditempatkan di salah sebuah hotel di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Sumber : Kosmo

(PANAS) KEKASIH GELAPKU SEORANG PELACUR

(PANAS) KEKASIH GELAPKU SEORANG PELACUR Niat baik seorang pemandu teksi untuk membantu seorang wanita warga Vietnam dibalas ‘racun’ apabila wanita itu bukan sahaja menyembunyikan pekerjaannya sebagai pelacur, malah mempergunakan mangsa semata-mata untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan.


Wanita warga Vietnam yang memperkenalkan dirinya sebagai Aishah, 20-an, itu turut berjanji memeluk Islam untuk mengahwini mangsa demi membalas budi lelaki terbabit sejak hari pertama perkenalan mereka di sebuah pusat beli-belah di Jalan Peel, awal tahun lalu. Menceritakan kembali kejadian itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Hariz, 30, berkata dia menemui wanita berkenaan di pusat beli-belah berkenaan sebelum perkenalan itu bertukar percintaan selepas wanita itu sering menggunakan perkhidmatan teksinya.

“Bagaimanapun, pada 3 April lalu, saya menerima kejutan apabila ternampak dia keluar dari sebuah hotel di kawasan Bukit Bintang,” katanya, semalam.

Menurutnya, selepas menanyakan pihak hotel mengenai wanita berkenaan, baru dia tahu, kekasihnya itu pelacur.

Katanya, dia kecewa selepas mengetahui identiti kekasihnya itu dan apabila bersemuka untuk mengetahui kebenaran, wanita terbabit mengakui menipunya semata-mata untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan.

“Saya yang yakin diri saya tertipu membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun HS Lee untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan kejadian.-METRO