Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

▼

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label sindiket pelacuran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sindiket pelacuran. Papar semua catatan

79 PELACUR MUDA SELAMAT DARI DIRATAH LELAKI DURJANA


79 PELACUR MUDA SELAMAT DARI DIRATAH LELAKI DURJANA | WASHINGTON: Seramai 79 remaja yang dikurung dan dipaksa menjadi pelacur diselamatkan dari sejumlah hotel, hentian lori dan pusat maksiat dalam operasi selama tiga hari di seluruh Amerika Syarikat, kata pihak berkuasa semalam.

Pegawai Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berkata, 104 bapa ayam juga ditahan dalam operasi di 57 bandar raya negara itu. Katanya, serbuan dilakukan antara Khamis dan Sabtu lalu, membabitkan pihak berkuasa negeri dan Persekutuan, serta anggota FBI. “Remaja terbabit berusia antara 13 dan 17 tahun ditahan sehingga mereka dapat ditempatkan di mana-mana pertubuhan kebajikan,” katanya.

Menurut jurucakap itu, semua mangsa sindiket pelacuran itu adalah warga AS dan dua daripada mereka adalah kanak-kanak lelaki. Seorang daripada mereka, kata sumber itu, terbabit dalam aktiviti pelacuran sejak berusia 11 tahun.

“Kes itu bukan terpencil dan bukti menunjukkan kanak-kanak diperdaya melalui media sosial sebelum dikurung dan diancam.

“Selepas diperangkap, mangsa dipindahkan dari satu bandar raya ke bandar raya lain,” katanya. Sementara itu, presiden sebuah pertubuhan kebajikan, Ernie Allen, berkata isu pelacuran membabitkan kanak-kanak berlaku di semua bandar raya di AS.

“AS percaya gejala ini cuma berlaku di tempat lain,” katanya. - Reuters

(TERKINI) BORANG KE NERAKA, JUAL TUBUH SECARA ONLINE


(TERKINI) BORANG KE NERAKA, JUAL TUBUH SECARA ONLINE | KUALA LUMPUR: Sindiket pelacuran yang beroperasi menggunakan Internet dikesan turut menyediakan borang khusus bagi merekrut wanita tempatan untuk dijadikan pelacur dengan menawarkan pakej sepenuh atau separuh masa dengan syarat cukup mudah.

Bagi wanita yang berminat, mereka perlu mengisi borang berkenaan dengan menyertakan nama, gambar muka dan saiz ukuran badan, gaya rambut, warna kulit, alamat dan nombor telefon yang boleh dihubungi.

Selepas gadis yang rambang mata dan berfikiran singkat mengisi serta menghantar ‘borang ke neraka’ itu ke alamat e-mel tertera, ahli sindiket akan menghubungi, seterusnya menawarkan pakej disediakan tanpa perlu bertemu.

Jika persetujuan dicapai, wanita berkenaan perlu menunggu panggilan telefon daripada ahli sindiket terbabit yang mencarikan pelanggan sebelum mengarahkan wanita itu pergi ke mana-mana hotel atau rumah yang dipilih pelanggan.

Sindiket itu menggunakan laman web yang pelayannya beroperasi di luar negara turut mempromosi pelacur dengan pakej mengikut kategori tertentu iaitu pelajar, gadis luar negara, suri rumah, setiausaha dan pekerja pejabat pada harga RM100 hingga RM4,000 sejam mengikut selera pelanggan.

Sumber : Metro

(TERKINI) JUAL PEREMPUAN MELALUI SMS

(TERKINI) JUAL PEREMPUAN MELALUI SMS | KUALA LUMPUR – Dalang di sebalik sindiket pelacuran kini lebih kreatif apabila mereka didapati menggunakan taktik menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi mencari pelanggan baharu terutamanya dalam kalangan orang Cina.

SMS berbahasa Mandarin itu yang dihantar secara rawak turut mengandungi maklumat lengkap senarai gadis yang dibekalkan selain harga dan lokasi urus niaga seks terbabit.

Menurut butiran SMS berkenaan, pelacur yang ditawarkan terdiri dalam kalangan pelajar tempatan. Ia mendakwa sebahagian mereka baru berusia 15 tahun dan boleh dilanggan dengan harga RM298 termasuk sewa bilik.

Seorang wartawan yang menyamar sebagai pelanggan berjaya menghubungi nombor telefon yang tertera dalam SMS berkenaan.


Gadis yang menawarkan perkhidmatan seks akan ditempatkan di salah sebuah hotel di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Sumber : Kosmo