Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

▼

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label pelik tapi benar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pelik tapi benar. Papar semua catatan

(HEBAT) LELAKI TUNGGANG BASIKAL SETINGGI BANGUNAN SATU TINGKAT


(HEBAT) LELAKI TUNGGANG BASIKAL SETINGGI BANGUNAN SATU TINGKAT | HAVANA, Cuba - Seorang lelaki, Felix Guirola menarik perhatian orang ramai setiap kali dia menunggang basikalnya di jalan raya di sini.

Guirola menunggang sebuah basikal setinggi 4 meter yang lebih tinggi daripada kebanyakan kenderaan lain termasuk lori dan bas.

Dia menunggang basikal buatan sendiri yang hampir menyamai ketinggian rumah dua tingkat itu tanpa memakai topi keledar.

"Saya berasa seronok berada di tempat tinggi. Saya tidak mual atau pening," kata lelaki berusia 48 tahun itu.

"Kedudukan tinggi membolehkan saya melihat pemandangan dengan lebih baik. Saya juga berasa lebih relaks," tambahnya.

Guirola menunggang basikal tinggi sejak 1983.

Menurutnya, basikal tinggi pertama yang dibina olehnya memiliki ketinggian 1.6 meter (m) dengan dia pernah menunggang sebuah basikal setinggi 5.5 m.

Seorang wakil Guinness World Records memberitahu agensi berita Associated Press (AP) bahawa badan tersebut mengiktiraf sebuah basikal setinggi in 5.55 m sebagai basikal boleh tunggang tertinggi di dunia.

Kenderaan dua roda tersebut ditunggang oleh warga Kanada, Terry Goertzen pada 2004. - Agensi

BABI SESAT SONDOL KAFE SIBER


(PELIK) BABI SESAT SONDOL KAFE SIBER | MUAR - Seramai 10 orang pelanggan yang sedang leka melayari internet di sebuah kafe siber di Taman Putra Murni, Jalan Salleh di sini, bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila seekor babi hutan betina tiba-tiba merempuh masuk premis itu pada pukul 1.30 petang semalam.
Babi hutan seberat kira-kira 50 kilogram itu merempuh pintu kaca premis tersebut ketika pelanggan dan penjaga kafe siber tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Aradi sedang leka melayari internet.
Aradi, 23, ketika ditemui sejurus kejadian berkata, mereka terkejut mendengar bunyi pintu kaca premis dirempuh sehingga pecah sebelum ternampak seekor babi hutan meluru masuk dan menyondol meja komputer di situ.
"Semua pelanggan lari lintang-pukang keluar dari premis, manakala babi tersebut terus menyondol sehingga ke tandas yang terletak di bahagian belakang.
"Ketika babi itu menuju ke arah tandas, kebetulan seorang pelanggan sedang keluar tetapi dia sempat melompat menyelamatkan diri," katanya.
Tambah Aradi, melihatkan babi tersebut tersekat di dalam tandas, pelanggan itu masuk semula dan menutup pintu tandas berkenaan.
Sumber : Kosmo

(PELIK) WAJAH WANITA INI, TUA SEBELUM USIA

(PELIK) WAJAH WANITA INI, TUA SEBELUM USIA | TAIPEI - Seorang wanita muda Vietnam, Nguyen Thi Ngoc Mai yang kelihatan seperti berumur 70 tahun walaupun usianya baru 28 tahun kini menjalani rawatan perubatan di Taiwan, kata beberapa doktor semalam.

Mai mula menghidap sindrom Werner yang menyebabkan dia kelihatan tua sejak berumur 10 tahun.

Dia sebelum ini tidak mampu menjalani rawatan kerana mengalami masalah kewangan.

Menurut beberapa doktor di Hospital Universiti Perubatan China, dia sukar berjalan dan mengalami masalah kesihatan sebelum datang ke Taiwan pada April lalu.

Mai menjalani pembedahan plastik dan beberapa pembedahan lain bagi mempermudakan penampilannya, kata mereka.

Dia turut menjalani rawatan kulit dan paru-paru.

Doktor-doktor menyatakan, dia merupakan pesakit pertama sindrom tersebut di negara ini.

Wanita itu akan mengambil ubat-ubatan dan mengelak diri daripada terkena cahaya matahari.

"Saya seperti dilahirkan semula dan terdapat harapan dalam kehidupan saya," katanya menerusi jurubahasa di sini.


Semasa dia bergambar dengan adik lelakinya dan doktor pembedahan plastik, Hung-Chi Chen di sini semalam, wajahnya kelihatan semakin muda selepas dia menjalani rawatan. - Agensi

(MISTERI) PESAWAT SERTA 50 ORANG PENUMPANG HILANG SEMASA MELAKUKAN PENERBANGAN DEMONSTRASI


JAKARTA - Sebuah pesawat penumpang baharu buatan Rusia yang membawa 50 orang hilang semasa melakukan penerbangan demonstrasi di sebuah kawasan pergunungan di Indonesia.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan, Bambang Ervan memberitahu, pasukan mencari dan penyelamat telah dikerahkan ke lokasi kejadian di barat Indonesia.

Cuaca buruk bagaimanapun, menyebabkan sekurang-kurangnya dua buah helikopter terpaksa berpatah balik.

Pesawat berkenaan, Sukhoi Superjet-100 berlepas dari Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di ibu kota Indonesia di sini pada pukul 2.21 petang waktu Indonesia.

Pesawat itu tidak dapat dikesan oleh radar 12 minit kemudian, selepas seorang kru meminta kebenaran daripada pusat kawalan trafik udara untuk terbang pada ketinggian 3,000 meter ketika menghampiri Banjaran Gunung Salak.

"Saya melihat sebuah pesawat besar terbang melintasi rumah saya," kata Juanda, seorang penduduk kampung yang tinggal dekat gunung setinggi 2,200 meter itu kepada stesen televisyen tempatan, TVOne.

"Pesawat itu senget dan enjin pesawat pula seperti mengaum," tambah wanita berkenaan.

Ketika kejadian, pesawat itu membawa beberapa orang diplomat dari Kedutaan Rusia, sejumlah pegawai syarikat penerbangan Indonesia dan wartawan dalam penerbangan demonstrasi selama 50 minit. - Agensi

(TERKINI) AS sekat serangan bom seluar dalam


(TERKINI) AS sekat serangan bom seluar dalam
| WASHINGTON: Amerika Syarikat menggagalkan rancangan cawangan al Qaeda di Yaman untuk meletupkan pesawat penumpang Amerika menggunakan ‘bom seluar dalam’ bentuk baru, beberapa hari selepas ulang tahun pertama kematian Osama Laden, kata pegawai kelmarin.

Pegawai Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sedang memeriksa bahan letupan sama seperti bom yang pernah digunakan dalam rancangan pengeboman Krismas pada 2009, apabila bahan letupan plastik disorok dalam seluar dalam lelaki Nigeria gagal diletupkan dalam penerbangan menuju Detroit.

Agensi kerajaan dan Rumah Putih berkata rancangan itu dilakukan al Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) dikesan pada peringkat awal dan ia tidak membahayakan orang ramai.

“Bahan itu digunakan untuk serangan bunuh diri dalam pesawat. Tiada pesawat berdepan risiko,” kata pegawai anti pengganas Amerika yang enggan dikenali.

Plot itu disyaki bertujuan menyasarkan penumpang dalam penerbangan ke Amerika Syarikat.

Berita mengenai rancangan terbabit didedahkan hanya beberapa hari selepas ulang tahun serbuan komando Tentera Udara Amerika yang membunuh ketua al Qaeda, Osama bin Laden di tempat persembunyiannya di Pakistan.

“Tahniah CIA kerana menghalang rancangan AQAP memusnahkan pesawat Amerika menggunakan sejenis bom baru dan sukar dikesan meter magnet,” kata Ketua Jawatankuasa Perisikan Senat, Senator Dianne Feinstein.

FBI berkata bahan letupan diperbaharui serupa dengan IED yang digunakan al Qaeda di Semenanjung Arab dalam cubaan serangan pengganas termasuk terhadap pesawat dan pembunuhan yang disasarkan sebelum ini.

“Penilaian awal bahan itu menunjukkan ia mempunyai beberapa perbezaan dengan bahan yang digunakan dalam serangan Krismas.

Jelasnya, AQAP mengubah teknik bom untuk mengelakkan daripada kegagalan bahan letupan pada 2009,” kata pegawai anti pengganas.

Presiden Barack Obama diberi taklimat mengenai plot pada April dan memberitahu timbalannya yang nyawa tidak berada dalam bahaya, kata jurucakap Majlis Keselamatan Nasional, Caitlin Hayden. – AFP

Susu Ibu Sedap, Susu Lembu Lagi Sedap, Betui ka?



P/s : ALLAHUAKBAR... Semua tu kuasa ALLAH S.W.T ...

Pelik bagi kita, biasa buat mereka.

Cara orang afrika menangkap ular anakonda, Pelik buat kita tetapi biasa buat mereka. jom tengok bagaimana caranya... Gambar-gambar di bawah ni menceritakan segalanya, Kalau lepas ni ada di kalangan anda yang rasa nak cuba buat macam tu pun boleh buat laaa... ( Resiko tanggung sendiri lah Bro... ) berani buat berani tanggung laaa haha.