Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label alcatraz77 punya blog.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label alcatraz77 punya blog.... Papar semua catatan

(INFO) COLI TELAH DIPAKAI SEJAK 600 TAHUN DULU



Arkeologi temui pakaian dalam Zaman Pertengahan

Vienna: Sejarah pakaian dalam wanita nampaknya terpaksa ditulis semula apabila kajian mendapati wanita sebenarnya sudah memakai coli sejak 600 tahun dulu. 

Penemuan mengejutkan Kenyataan Universiti Innsbruck kelmarin berkata, pakar arkeologi menemui empat coli linen Zaman Pertengahan di istana Austria. Pakar fesyen menyifatkan penemuan itu memeranjatkan kerana coli disangka hanya digunakan 100 tahun dulu apabila wanita meminggirkan korset ketat.

Sebaliknya, coli mula muncul diikuti korset, disusuli coli yang dihasilkan semula.

Satu daripadanya kelihatan seperti pakaian dalam moden, kata kurator fesyen bagi Muzium London, Hilary Davidson, sambil menambah ia penemuan mengagumkan.

Walaupun pakaian dalam linen itu digali pada 2008, ia tidak menjadi berita sehingga sekarang, kata pakar arkeologi yang bertanggungjawab menemuinya, Beatrix Nutz. 

Beliau menyampaikan syarahan mengenai penemuan itu tahun lalu, tetapi maklumat cuma untuk pakar akademik sehingga disiarkan Majalah Sejarah Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

“Kami tidak percaya. Tiada pakaian seperti coli pada abad ke-15,” katanya dalam panggilan telefon dari bandar raya Tyrolean di Innsbruck. 

Universiti berkenaan berkata, empat coli terbabit adalah antara lebih 2,700 serpihan tekstil, sebahagiannya linen, yang lain linen dicampur kapas, ditemui bercampur dengan kotoran, kayu, penyedut dan serpihan kulit.

“Empat tekstil linen menyamai coli zaman moden dengan satu daripadanya kelihatan seperti versi hari ini dengan dua tali untuk disangkut di bahu dan tali belakang,” katanya.

Pakaian dalam berkenaan bukan sekadar berfungsi sebaliknya dihiasi dengan renda dan hiasan lain, dipercayai bagi memuaskan pemakai.

Ketika lukisan zaman itu menunjukkan pakaian luar, ia tidak mendedahkan apa yang dipakai wanita di dalam. Davidson, menggambarkan penemuan itu sebagai sejenis kaitan yang hilang dalam sejarah pakaian dalam wanita. - AP

(TERKINI) PERINTAH GAJI MINIMUM DI WARTA

(TERKINI) PERINTAH GAJI MINIMUM DI WARTA Kuala Lumpur: Perintah Gaji Minimum 2012 yang diwartakan semalam, akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan bagi majikan yang menggaji enam orang atau lebih. 


Bagi majikan yang menggaji lima pekerja atau kurang, tarikh penguatkuasaan ditetapkan 1 Julai tahun depan, demikian menurut satu kenyataan Kementerian Sumber Manusia. "Tarikh permulaan kuat kuasa ini juga terpakai kepada majikan yang menjalankan aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) tanpa mengira bilangan pekerja," menurut kenyataan itu. 

Perintah Gaji Minimum 2012 diwartakan mengikut Subseksyen 23(1) Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011. 

Maklumat lanjut mengenai warta bertajuk Perintah Gaji Minimum 2012 P.U. (A) 214/2012 boleh dirujuk di www.federalgazette.agc.gov.my. 

Menurut warta itu, kadar gaji minimum yang ditetapkan ialah RM900 sebulan atau RM4.33 sejam bagi Semenanjung dan RM800 atau RM3.85 sejam bagi Sabah dan Sarawak. - BERNAMA

Sumber : BH

(SEDIH) WARGA EMAS MAUT DIRAGUT

(SEDIH) WARGA EMAS MAUT DIRAGUT GEORGETOWN - Seorang pembantu kedai kopi maut selepas diragut dua lelaki dalam satu kejadian di tempat letak motosikal flat Padang Tembak di sini awal pagi kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, Tan Kim Chuan, 60, dikatakan baru keluar dari rumahnya untuk ke tempat kerja di Lebuh Carnavon sebelum beg tangannya diragut dari arah belakang oleh dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

Akibat kejadian itu, mangsa terseret beberapa meter dan ditemui terbaring di atas jalan raya oleh orang ramai.

Difahamkan, ketika kejadian sekitar kawasan berkenaan masih lagi sunyi dan ia berlaku tanpa disedari penduduk lain.

Bagaimanapun, kejadian berkenaan berjaya direkodkan kamera litar tertutup yang dipasang di sekitar kawasan perumahan berkenaan.

Hasil penelitian CCTV mendapati mangsa yang terbaring tidak dihiraukan penduduk yang lalu lalang di sekitar kawasan kejadian selepas beberapa minit.

Hanya lapan minit kemudian dua lelaki menghampiri dan cuba memberikan bantuan kepada mangsa.

Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan.

Sinar Harian difahamkan mangsa meninggal dunia sembilan jam kemudian selepas menjalani pembedahan untuk membuang darah beku di bahagian otak.    

Sementara itu,Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Assiten Komisioner Mohd Nasir Salleh ketika ditemui berkata polis sedang meneliti rakaman CCTV berkenaan dan masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti kedua-dua suspek.

“Kita akan menhantar rakaman CCTV ini ke Jabatan Forensik Bukit Aman untuk mendapatkan imej yang lebih jelas suspek terbabir.

“Polis melancarkan satu operasi bagi mengenal pasti bekas penjenayah kes ragut untuk proses dokumentasi bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Nasir berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal selepas mengalami kecederaan serius di bahagian kepala.

Menurutnya, kes akan disasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Sumber : Sinar

WALAUPUN MISKIN, SIFAT BAIK MEREKA PATUT KITA SEMUA CONTOHI

Pasangan miskin pulangkan RM32,000 yang ditemui


SAO PAULO: Pasangan tidak berumah warga Brazil yang tinggal di bawah jambatan di Sao Paolo menemui beg sampah mengandungi wang 20,000 real (RM31,800) di tepi jalan semalam, dan segera menyerahkannya kepada polis.

Pihak berkuasa berkata, pasangan itu sedang berjalan awal pagi apabila mendengar bunyi alat penggera. Mereka mendekati untuk melihat apa yang berlaku dan terjumpa sebuah beg bimbit dan beg sampah penuh wang. 

Pasangan itu memberitahu pengawal keselamatan dan memintanya memanggil polis. - AFP

(TERKINI) PUNCA SEBENAR PASANGAN AMUK DI JPM PUTRAJAYA

(TERKINI) PUNCA SEBENAR PASANGAN AMUK DI JPM PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang mengaku dirinya Imam Mahdi bersama pasangannya, seorang wanita mengamuk sambil masing-masing melibas pedang samurai ke arah orang ramai dan penjawat awam selepas menceroboh masuk ke kawasan pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini, hari ini.


Dalam kejadian pada jam kira-kira 2.30 petang itu, seorang daripada suspek terbabit turut meletakkan pedang samurai pada leher seorang daripada anggota polis bantuan serta melibas dan merosakkan cermin kereta di perkarangan bangunan berkenaan. 


Keadaan yang tidak terkawal dan berbahaya itu memaksa anggota polis melepaskan tiga das tembakan ke arah dua suspek terbabit, dengan dua das daripadanya terkena pada tangan kanan dan bahagian bawah perut suspek lelaki, manakala satu tembakan lagi terkena paha kanan wanita itu. 

Berikutan itu, kedua suspek terbabit dibawa ke Hospital Putrajaya, sebelum suspek lelaki disahkan meninggal dunia kira-kira 15 minit dimasukkan ke hospital berkenaan, manakala suspek wanita masih menerima rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

P/s : Dah macam-macam berlaku kat Malaysia ni, tu pun depa tak mau sedaq lagi... Fikir dan renung-renungkan...

BUJANG SEBELAK MASUK PERANGKAP PAWANG BUAYA TERKENAL


BUJANG SEBELAK MASUK PERANGKAP PAWANG BUAYA TERKENAL SARATOK - Buaya ganas yang dalam buruan sejak 14 hari lalu, Bujang Sebelak akhirnya ditangkap dan dibunuh selepas ia kembali menggemparkan pekan Roban di sini dengan membaham isteri ketua Rumah Panjang Nanga Sungai Anak, Siah Munsong, 42, pada 19 Jun lalu.

Buaya jantan seberat 200 kilogram dan panjang 3.65 meter itu ditangkap oleh pawang buaya terkenal, Indet Sanabong, 49.

Bangkai itu disahkan sebagai Bujang Sebelak berdasarkan mata kirinya yang buta selain dua kesan tembakan pada bahagian bawah rahang kirinya. Tembakan senapang itu dilepaskan oleh penduduk pada hari buaya itu membaham Siah.

Indet memberitahu, Bujang Sebelak telah memakan umpan daging anjing putih yang dipasang di Sungai Nyiar, kira-kira tiga kilometer dari Rumah Panjang Nanga Sungai Anak petang kelmarin.

Dia kemudian menaiki perahu bersama adiknya, Tinggi Sanabong, 45, serta dua lagi pembantu untuk melihat umpan sebelum menyedari boya yang dipasang telah beralih tempat, iaitu satu petanda umpannya telah mengena.

Mereka mengambil masa sejam untuk bertarung menaikkan Bujang Sebelak.

Sumber : Kosmo

SAPA KATA ANAK MELAYU TAK BOLEH SAMPAI KE TAHAP NI???

Rakyat Malaysia pertama felo Universiti Cambridge

KUALA LUMPUR: Tutor Universiti Putra Malaysia (UPM), Azree Shahrel Ahmad Nazri (gambar) menjadi rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai felo penyelidik bidang matematik gunaan di Universiti Cambridge, United Kingdom.

Pelantikan di Trinity College itu adalah hasil pencapaian beliau yang menakjubkan sepanjang sesi pengajian doktor falsafah (PhD) dalam bidang matematik di universiti terkemuka dunia berkenaan sejak 2008.

Anak muda kelahiran Terengganu berusia 32 tahun itu adalah tutor Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM.


Seingat saya tiada pelajar Cambridge berbuat demikian. Saya amat terkejut dengan kebolehannya yang boleh menggabungkan ilmu statistik dengan bioinformatik untuk menyelesaikan persoalan biologikal yang rumit. - Dr Pietro Lio’, Pensyarah kanan Universiti Cambridge Pensyarah kanan Universiti Cambridge, Dr Pietro Lio’ dalam surat sokongannya kepada UPM menyifatkan Azree sebagai pelajar berbakat.

Beliau menyifatkan kebolehan Azree yang menjalani latihan berkembar di makmal biologi dan molekular serta sistem biologi statistik sebagai jarang berlaku di Universiti Cambridge.

“Seingat saya tiada pelajar Cambridge berbuat demikian. Saya amat terkejut dengan kebolehannya yang boleh menggabungkan ilmu statistik dengan bioinformatik untuk menyelesaikan persoalan biologikal yang rumit,” katanya.

Beliau juga berkata, jawatan itu hanya ditawarkan kepada penyelidik yang berkebolehan serta bijak dan sebagai penyelidik, Azree boleh menumpukan penyelidikan dalam bidang matematik gunaan tanpa beban mengajar, seterusnya memulakan kariernya ke peringkat lebih tinggi. 

Azree ketika dihubungi di London bersyukur dengan pelantikan selama tiga tahun yang akan bermula Ogos depan.

“Alhamdulillah. Terima kasih kepada ibu, Junaidah Embong dan ayah, Nazri Ahmad serta isteri Azwanis Abdosamad kerana sanggup berkorban. Saya akan membuat penyelidikan sepenuh masa di sini,” katanya menerusi SMS.

Menyifatkannya sebagai tugasan berat, Azree berkata tawaran itu adalah titik permulaan baginya untuk menyokong hasrat negara mencapai Wawasan 2020.

“Cabaran ini amat berat kerana saya terpaksa bersaing dengan penyelidik antarabangsa lain. Saya juga yakin di luar sana ramai lagi penyelidik yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa, cuma mereka mungkin tiada peluang seperti saya,” katanya yang baru menamatkan PhD dalam bidang matematik.

(GAMBIT) NAK ASAH MINDA, MAIN JUDI


(GAMBIT) NAK ASAH MINDA, MAIN JUDI | Tindakan pelakon Gambit bermain daun terup di sebuah lokasi hiburan di Australia baru-baru dikatakan bertujuan untuk mengasah minda psikologi melalui permainan itu.

Gambit berkata, permainan daun terup yang disertainya itu hanyalah secara kebetulan bagi memenuhi masa terluang sewaktu bercuti dan bukannya semata-mata atas tujuan berjudi.

“Saya menyertai permainan itu sebenarnya secara kebetulan sahaja dan menganggap ia satu permainan psikologi.

“Biarlah orang nak buat macam-macam tuduhan terhadap saya kerana saya bermain daun terup bukan kerana mahu mendapatkan duit, tetapi sekadar ingin menguji pengetahuan.

“Cakap pun tak guna, kerana orang akan tetap mengkritik. Asalkan saya dan Tuhan tahu niat sebenar, itu sudah cukup,” katanya.

Gambit baru-baru ini telah menulis mesej melalui Twitter miliknya yang mengharapkan tuah dalam permainan daun terup yang disertainya pada 5 Jun lalu.

Gara-gara mesej tersebut, pengikut laman sosial milik Gambit turut menghantar kritikan selain menganggap pelakon itu tidak peka tentang halal dan haram menyertai permainan tersebut.

Gambit mendakwa terkilan apabila kebanyakan masyarakat tempatan terlalu cepat membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat dengan membuat tuduhan yang tidak benar selepas membaca entri berkenaan.

“Saya seorang yang sangat sayangkan Malaysia, bangsa dan agama, tetapi kenapa kebanyakan masyarakat kita mempunyai mentaliti iaitu terlalu cepat menilai keburukan seseorang individu itu?

“Diakui, salah saya juga meletakkan entri yang boleh menimbulkan persoalan kepada semua tetapi dengan menyebarkan maklumat dan membuat spekulasi sendiri, tidakkah ia berbau fitnah? Dan bukankah fitnah itu haram?

“Sebelum mengata tentang orang, cerminlah diri sendiri,” tegasnya.

P/s : Hang tau judi tu haram, tapi yang hang duk galak pi main tu buat pa??? (NAK ASAH MINDA) banyak cara lagi hang boleh asah haha... 

SIAL PUNYA BAPAK TIRI...


SIAL PUNYA BAPAK TIRI... Budak empat tahun melecur punggung dicucuh besi panas

KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun melecur punggung kiri dipercayai akibat dicucuh besi panas oleh bapa tirinya berusia 40 tahun ketika bercuti di rumah ibunya di Kampung Gong Machang, Besut, awal bulan ini. 

Kejadian menimpa kanak-kanak lelaki berkenaan yang dikatakan menjadi mangsa penderaan bapa tirinya yang bekerja sebagai penternak ikan disedari bapa kandungnya berusia 29 tahun selepas tiga hari mengambil kanak-kanak berkenaan daripada jagaan ibunya.

Difahamkan sejak ibu bapa mangsa bercerai tiga tahun lalu, kanak-kanak berkenaan dijaga nenek dan bapa kandungnya yang bekerja sebagai pemandu jentolak dan menetap di Kampung Raja, Besut dan sesekali bercuti di rumah ibunya yang berkahwin dengan suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata sebaik menjemput anaknya di rumah bekas isteri kira-kira jam 7.30 malam pada Sabtu lalu, bapa mangsa bergegas ke Serdang, Selangor atas urusan kerja dan meninggalkan kanak-kanak berkenaan bersama neneknya. 

Katanya, kejadian menimpa mangsa disedari bapanya selepas pulang dari Serdang Isnin lalu, sebaik mangsa mengadu sakit di bahagian punggung, sebelum terkejut dan marah apabila melihat kesan lecur serta luka di punggung kanak-kanak berkenaan. 

“Apabila bapa mangsa bertanya pada anaknya, kanak-kanak berkenaan menceritakan kejadian dia dicucuh besi panas di punggungnya ketika bercuti di rumah ibunya pada 4 hingga 9 Jun lalu. 

“Bapa mangsa kemudian membawa kanak-kanak berkenaan mendapatkan rawatan di Hospital Besut, sebelum membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, Besut, pada 11 Jun lalu,” katanya di sini, semalam. 
Manoharan berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis yang menjalankan gerakan memburu suspek berasal dari Kampung Permaisuri, Setiu berjaya menahannya kira-kira jam 2 pagi di rumahnya di Kampung Gong Machang, kelmarin. 

Katanya, kanak-kanak berkenaan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sudah dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan. Polis turut mendapati kanak-kanak berkenaan mempunyai bekas luka di jari dan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada berpunca daripada suspek sama. 

Beliau berkata, suspek kini ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, Kampung Raja selama empat hari bermula Selasa hingga Jumaat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mendera.

Sumber : BH

(GOSSIP ARTIS) NEELOFA ANZALNA, APA KES DEPA NI DUK BERGADUH???


(GOSSIP ARTIS) NEELOFA ANZALNA, APA KES DEPA NI DUK BERGADUH??? | Sebab ini kah puncanya?, jom baca petikan kenayataan Anzalna kat bawah ni...

cerita yang diluahkan oleh Anzalna : Walaupun saya tidak menang sebarang tempat dalam pertandingan itu, hanya menjadi finalis, Lofa tetap tidak berpuas hati dengan saya. Menerusi laman social Facebook milik keluarganya, Lofa menghina keluarga saya dengan perkataan tak elok. Saya tak tahu apa motif Lofa berbuat begitu, sedangkan saya tak menang pun, mungkin dia busuk hati, sama seperti yang pernah diceritakan Tasha sebelum ini.

Semua pengikut saya di FB tahu Lofa menghina keluarga saya. Lofa juga mewujudkan satu akaun “Kami Benci Anzalna”. Selain itu, saya turut menerima ugutan daripadanya sekiranya saya memenangi pertandingan Dewi Remaja. Bagi saya walaupun perkara itu sudah lama berlalu, apabila saya membaca pendedahan Tasha, saya dapat rasakan apa yang dilalui Tasha, saya lebih dulu merasainya.

Cuma saya tidak pernah membuat pendedahan sebelum ini. Terus-terang, apa yang dilakukan Lofa amat menghiris perasaan saya. Saya nak semua orang tahu warna sebenar diri Lofa. Sampai sekarang saya masih dengar orang bercerita, Lofa terus bercerita benda buruk mengenai diri saya, nak jatuhkan karier saya. Ramai artis senior yang bercerita kepada saya, seolah-olah Lofa tidak berpuas hati dengan saya.

Ketika Dewi Remaja dulu, saya tak menang sebarang tempat, tapi kenapa dia perlu busuk hati? Lofa pula ada ramai peminat, saya pula sebaliknya. Justeru kenapa dia perlu busuk hati? Sebelum ini ramai wartawan bertanya antara saya dan Lofa, tapi saya tak cerita apa-apa, takut dilabel bermulut jahat, namun selepas pendedahan Tasha, barulah saya ada kekuatan untuk bercerita.

Saya sedar diri saya ini tidak sepopular dirinya. Jadi tak perlulah busuk hati dengan saya. Saya masuk industri ini, tidak berniat nak kejar populariti, saya nak cari rezeki. Kalau saya nak kejar populariti, dah lama saya buat kontroversi seperti dirinya. Biarlah kita sama-sama cari rezeki dengan ikhlas, Lofa patut bersyukur dengan apa yang diperolehinya hari ini.

P/s : Pikir dan kaji sendiri kesahihannya... Dunia Artis biasa la...

(TERKINI) BAJET 2013 ADA 'OLE-OLE' UNTUK RAKYAT


(TERKINI) BAJET 2013 ADA 'OLE-OLE' UNTUK RAKYAT KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak optimis terhadap unjuran ekonomi negara bagi tempoh separuh akhir tahun ini dan tahun depan kerana berdaya tahan, terutama sejak kerajaan melaksanakan program transformasi.

Sambil menjelaskan inisiatif itu meliputi Program Transformasi Kerajaan (GTP) serta Program Transformasi Ekonomi (ETP), Perdana Menteri bagaimanapun berkata tetap berhati-hati berikutan risiko ekonomi global menguncup yang perlu diberi perhatian.

Beliau berkata, usaha kerajaan meningkatkan kekayaan negara menerusi program transformasi akan memanfaatkan seluruh rakyat antara lain dapat menyediakan kemudahan dan perkhidmatan lebih baik, termasuk bagi warga emas.

“Sebagai contoh perkhidmatan kesihatan, faedah persaraan serta faedah jangka pendek lain yang lebih baik,” katanya menjawab soalan peserta pada sesi sembang secara langsung melalui laman web New Straits Times (NST), NSTLive, di Balai Berita di sini, semalam.

Beliau yang ceria sebaik tiba di Balai Berita, tenang memberi tumpuan kepada soalan dalam talian pada sesi sejam itu dengan pada ketika tertentu, kelihatan serius berfikir dan ada kala tersenyum lebar, malah ketawa mesra.

Seterusnya menjawab soalan Bajet 2013 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 28 September ini bakal memberi ‘ole-ole’ kepada segenap penduduk negara ini, Najib berkata, kerajaan sentiasa menyediakan sesuatu untuk rakyat dalam belanjawan.

“Tapi anda perlu menunggu pembentangan bajet itu,” katanya kepada KFTANG. Katanya, kerajaan juga dalam proses memformulasi Bajet 2013 bagi menentukan sama ada mampu meneruskan program bantuan baucar buku RM200 untuk pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) pada masa depan.

Ditanya adakah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kali kedua bakal diberi dan jumlah itu melebihi RM500, Najib yang menyifatkannya sebagai soalan popular berkata, beliau akan meneliti aliran tunai kerajaan tidak lama lagi bagi menentukan kemampuan berbuat demikian.

Dalam pada itu, beliau berkata, keputusan China untuk membenarkan Malaysia menerima sepasang beruang panda dari negara itu adalah satu simbol besar hubungan mesra dan rapat antara kedua-dua negara kerana panda adalah haiwan berharga bagi China.

Menjawab pandangan seorang peserta supaya kerajaan melabur dalam pembangunan jangka panjang bidang pendidikan dan penjagaan kesihatan, daripada berbelanja besar memberi bantuan tunai kepada golongan miskin, Najib berkata, kerajaan berusaha melakukan kedua-duanya.

Katanya, kerajaan mengenal pasti pengurangan kos sara hidup adalah keutamaan rakyat, justeru, bantuan itu diumum sebagai langkah jangka pendek, namun bagi jangka panjang, ia ditangani melalui usaha seperti meningkatkan gaji penjawat awam antara tujuh hingga 13 peratus, memperkenalkan gaji minimum untuk sektor swasta dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan menerusi program ETP.

Ditanya mengenai insentif untuk pekerja swasta yang menerima gaji peringkat sederhana, beliau berkata, kerajaan akan mengkaji struktur percukaian dan insentif boleh disediakan untuk golongan kelas pertengahan.

Najib berkata, keupayaan kerajaan mewujudkan lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi dan kekayaan, akan turut memberi manfaat kepada golongan kelas pertengahan, bersama insentif lain seperti program perumahan, penambahbaikan pengangkutan awam serta program kesihatan.

Menjawab soalan lebih santai seperti warna beliau untuk Hari Raya tahun ini dan apa yang akan dilakukan sekiranya benar-benar susah hati, beliau berkata:
“Baju biru untuk Barisan pun boleh ... warna merah untuk UMNO pun boleh ...”

P/s : Betui ka? jangan cakap jer haha...

Sumber : BH

(TERKINI) POLIS CARI DIN DUKUN


(TERKINI) POLIS CARI DIN DUKUN SEREMBAN - Kes pembunuhan seorang pemandu peribadi yang mayatnya ditemui hanya memakai kain sarung di ladang kelapa sawit di Jalan Besar Linggi-Lubok Cina dekat Rembau 15 Mei lalu bakal terungkai sekiranya polis menemui seorang lagi lelaki bagi menyelesaikan kejadian tersebut.

Lelaki itu ialah Ausman Mohd. Dahlan, 50, atau Din beralamat di No. 389 Lorong Teluk 5 Kg. Teluk, Pasir Panjang Batu 16, Port Dickson dan No. 5 Lorong Jaya 1, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Maklumat penting tersebut diperolehi selepas polis menyoal siasat tiga lelaki berusia lingkungan 30-an yang ditahan di Perak 5 Jun lalu bagi membantu siasatan kes tersebut.

Ketua Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, Din adalah seorang dukun dan merupakan individu terakhir yang sepatutnya ditemui si mati pada hari kejadian.

Sumber : kosmo

5,500 GURU INTERIM DISERAP MASUK KE SEMUA SEKOLAH SELURUH NEGARA


5,500 GURU INTERIM DISERAP MASUK KE SEMUA SEKOLAH SELURUH NEGARA Surat tawaran penempatan graduan ke seluruh negara sedang diagih

BATU PAHAT: Seramai 5,500 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan termasuk 4,500 lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang berjaya pada temuduga antara Januari hingga Mac lalu akan ditempatkan di sekolah seluruh negara, mulai bulan ini. 

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata surat tawaran penempatan kepada semua graduan berkenaan yang sebelum ini dilantik sebagai guru interim (guru sementara) itu sedang diagihkan.
“Daripada kira-kira 5,500 calon yang ditemuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), hanya 62 calon gagal namun mereka kini dalam proses rayuan selepas wakil mereka bertemu saya kelmarin.
“Saya harap, semua guru yang berjaya dan sudah menerima surat tawaran penempatan itu menerima jawatan mereka dengan semangat tinggi untuk mendidik anak bangsa.

“Jika boleh tidak perlulah membuat rayuan untuk mendapatkan sekolah berhampiran rumah... jika dapat mengajar di Sarawak atau Sabah, terimalah dengan berlapang dada, demi mendidik anak bangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian peruntukan RM1 juta kepada Sekolah Menengah Tinggi Cina Chong Hwa Rengit, dekat sini, semalam.

Mac lalu, Berita Harian melaporkan Kementerian Pelajaran giat mengumpul rekod terkini kekosongan guru di sekolah seluruh negara daripada Jabatan Pelajaran Negeri bagi mengisi calon graduan berkenaan yang selesai sesi temu duga oleh SPP, berakhir 16 Mac lalu. 
Disember tahun lalu, 5,000 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan termasuk dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menuntut Kementerian Pelajaran memberi jaminan penempatan sekolah kepada mereka sama seperti Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

Mereka mendakwa kementerian menganaktirikan mereka dan lebih mengutamakan GSTT untuk diserap sebagai guru tetap.

Sementara itu, Puad ketika ditanya sama ada pihaknya ada menerima permohonan pertukaran sekolah daripada guru yang sudah menerima surat tawaran penempatan itu berkata, buat masa ini tiada lagi permohonan sedemikian.

“Mungkin semua guru ini mempunyai semangat berkobar-kobar dan tidak kisah bertugas di mana saja mereka ditempatkan dan itulah yang kita harapkan daripada mereka,” katanya.

Sumber : BH

(AMUK) SEORANG AYAH MENGAMUQ, KERANA ANAK TAK BELIKAN LAPTOP


(AMUK) SEORANG AYAH MENGAMUQ, KERANA ANAK TAK BELIKAN LAPTOP CHERAS: Hanya kerana anak lelakinya enggan membelikan komputer riba yang diminta, seorang lelaki tiba-tiba bertindak agresif dengan merantai pagar kediaman anaknya itu sebelum mengugut mahu membakar rumah teres dua tingkat itu di Taman Gemilang, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, lelaki berusia 40-an terbabit yang datang bersama isteri barunya dengan bersenjatakan kapak sambil mengarahkan anak lelakinya membuka pintu dan membenarkannya masuk.

Menurut sumber, anak lelaki suspek yang berusia 20 tahun tidur ketika bapanya datang membuat bising dan menyuruhnya membuka pagar rumah.

“Bagaimanapun, anak suspek enggan berbuat demikian kerana bapanya agak kasar sambil memaki-hamun di depan pagar berkenaan.

“Berang dengan keengganan anaknya, suspek pergi ke kereta Proton Exora miliknya sebelum datang semula dengan membawa kapak dan rantai besi lalu merantai pagar rumah berkenaan.

“Berikutan itu, mangsa membuat panggilan kecemasan sebelum polis tiba di tempat kejadian dan membawa suspek ke balai polis,” katanya.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata suspek kini direman hingga hari ini.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber : myMetro

(GEMPAR) OSMAN KERING BELUM MENINGGAL, ROTI KAYA DAPAT MAKLUMAT SALAH

(GEMPAR) OSMAN KERING BELUM MENINGGAL, ROTI KAYA DAPAT MAKLUMAT SALAH Berkaitan dengan berita kematian osman kering, ternyata blog roti kaya telah mendapat maklumat yang salah... sebenarnya osman kering masih lagi bernafas dan masih lagi bernyawa... Status keadaan beliau kini sebenarnya sedang kritikal di hospital.



Berikut adalah statement terkini dari blog roti kaya yang menarik balik berita yang mengatakan tentang kematian osman kering... Kepada semua kita sama-sama berdoa agar abang osman selamat dan sembuh seperti sedia kala amin...

Sumber : WanCikgumuzik

(GOSSIP ARTIS) GAMBIT SERONOK BERJUDI DI AUSTRALIA, BETUL KA???

(GOSSIP ARTIS) GAMBIT SERONOK BERJUDI DI AUSTRALIA, BETUL KA???  |  8 Jun – Setelah sekian lama senyap daripada kontroversi, hero bagi filem "Karipap Karipap Cinta", Gambit Saifullah kembali membuatkan namanya kembali hangat diperkatakan apabila dia berani memuat naik gambar di laman twitter miliknya yang menunjukkan dia berada di sebuah pertandingan poker di Australia baru-baru ini.

Gambit Saifullah atau nama sebenar, Mohd Saifullah bin Rosli baru-baru ini dikatakan telah terbang ke Sydney, Australia untuk melancong dan turut berkongsi saat-saat dia terlibat sama dalam satu pertandingan poker yang dianjurkan di sana.

Salah satu daripada kenyataan yang ditulis di laman twitternya, Gambit menulis "Wish me luck for my poker tournament people" yang bermaksud "doakan saya berjaya untuk pertandingan poker, semua".

Gambit dengan yakin memberitahu salah seorang peminat yang membalas kenyataan Gambit di Twitternya sebelum ini bahawa dia merupakan seorang yang profesional dalam permainan tersebut dan memang serius bermain poker.

Sumber : Yahoo

KONSTABEL DITUDUH MENCABUL REMAJA DALAM TAHANAN


KONSTABEL DITUDUH MENCABUL REMAJA DALAM TAHANAN Seorang anggota polis berpangkat Konstabel Sokongan dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan mencabul remaja di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Pengkalan Chepa Februari lalu.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Shahrul Izuairi Ibrahim, 31, didakwa melakukan kesalahan terhadap remaja Thailand itu kira-kira jam 10 pagi pada 5 Februari lalu di  sel lokap berkenaan.

Bapa kepada dua anak itu dituduh menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan remaja berusia 15 tahun dengan memasukkan jari ke dalam kemaluannya yang ketika itu ditahan reman kerana dikaitkan kesalahan Imigresen.

Penjawat awam itu, dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mengenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana daripada itu sekiranya didapati bersalah.

Pendakwaan kes tersebut dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Muhamad di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Fazali.

Noor Dayana menawarkan jaminan RM8,000 terhadap tertuduh bagaimanapun, Mohd Shahrul Izuairi meminta mahkamah mengurangkan wang jaminan tersebut dengan alasan dia mempunyai dua anak serta menghadapi masalah kewangan.

Bagaimanapun, Mohd Fazaly Ali menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 dan tarikh sebutan semula kes ialah pada 10 Julai ini.

Tertuduh ketika di bawa keluar dari mahkamah menutup mukanya dengan menggunakan jaket untuk mengelak wajahnya dirakamkan pihak media.

Sumber : sinar

(GEMPAR) BAPA DATUK LEE CHONG WEI, BERTINDAK NEKAT TERJUN JAMBATAN PULAU PINANG


(GEMPAR) BAPA DATUK LEE CHONG WEI, BERTINDAK NEKAT TERJUN JAMBATAN PULAU PINANG |  GEORGETOWN: Bapa pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya diselamatkan daripada cubaan untuk terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2, menghala tanah besar di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Lee Ah Chai, 61, pada mulanya dilihat menangis di tepi laut berhampiran pusat beli-belah Queensbay Mall, Bayan Lepas.

Orang awam yang melihat kejadian itu memaklumkan kepada polis sebelum anggota peronda bergegas ke lokasi berkenaan untuk memujuknya pulang ke rumah di Taman Serumpun, Butterworth.

Menurut sumber, selepas hampir tiga jam dipujuk, Ah Chai memberitahu dia mahu pulang ke rumah dan polis mengiringi kereta dipandu lelaki itu untuk memastikan keselamatannya terjamin.

Sumber : myMetro

JOM TENGOK GAJI STAF-STAF PROFESSIONAL FACEBOOK, BANYAK WEIII...


JOM TENGOK GAJI STAF-STAF PROFESSIONAL FACEBOOK, BANYAK WEIII... Sebagai sebuah syarikat jaringan sosial yang hebat lagi mantap, pemilik FACEBOOK sanggup membayar staf-staf professionalnya dengan laba (duit) yang banyak seperti di bawah.

Senior software engineer USD 132.503
Product manager USD 130.143
User interface engineer USD 129.136
Machine learning engineer USD 123.379
Engineering manager USD 123.379
Research scientist USD 123.308
Network engineer USD 121.500
Business development manager USD 115.000
Software engineer USD 111.562
Introductory software engineer USD 100.000
Project manager USD 98.302
Operations engineer USD 82.626
Recruiter USD 80.580
Site reliability engineer USD 80.413
Product designer USD 79.000
Software engineering intern USD 74.700
Account executive USD 62.124


(EURO 2012) SENARAI PASUKAN YANG BERTANDING


(EURO 2012) SENARAI PASUKAN YANG BERTANDING Esok tirai EURO 2012 akan di buka, Polland dan Ukraine sebagai tuan rumah akan menjanjikan persiapan pembukaan yang menarik dan terbaik berbanding negara-negara penganjurnya sebelum ni. Namun al rasa masih ramai yang belum mengetahui pasukan Negara-negara manakah yang layak ke saingan berprestij bolasepak eropah itu. Harap masih belum terlambat untuk al kongsikan senarai 16 negara yang layak ke Euro 2012 ini.

SENARAI PASUKAN YANG BERTANDING.

Kumpulan A
Polland
Greece
Rusia
Republik Czech

Kumpulan B
Belanda
Denmark
Jerman
Portugal

Kumpulan C
Sepanyol
Itali
Republik Ireland
Croatia

Kumpulan D
Ukraine
Sweden
Perancis
England

P/s : Yang mana satu pasukan pilihan anda? al pilih Sepanyol anda bagaimana???