Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

▼

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label remaja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label remaja. Papar semua catatan

(PANAS) REMAJA MESIR JADI MANGSA NAFSU SERAKAH LELAKI TIMUR TENGAH

(PANAS) REMAJA MESIR JADI MANGSA NAFSU SERAKAH LELAKI TIMUR TENGAH | KAHERAH: Pelancong kaya dari Teluk Parsi sanggup mengeluarkan belanja besar supaya dapat berkahwin sementara dengan gadis remaja Mesir ketika cuti musim panas, lapor Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Sekadar hiasan

Menurut kajian Pemerdagangan Orang diterbitkan jabatan itu, ‘pernikahan kontrak’ itu tidak terikat dengan undang-undang dan ia berakhir apabila lelaki terbabit kembali ke negara mereka di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Kuwait.

Pelancong kaya didapati membayar ‘mas kahwin’ bernilai antara  320 (RM1,587) hingga  3,200 (RM15,875) kepada keluarga miskin melalui orang tengah.

Pengantin perempuan - sesetengahnya berusia bawah 18 tahun - dijadikan pemuas nafsu dan dipaksa berkhidmat untuk pelancong terbabit. Undang-undang Mesir menetapkan, tiada wanita negara itu dibenarkan berkahwin dengan lelaki yang mempunyai beza usia 10 tahun daripada mereka.

Bagaimanapun, ramai ibu bapa dan orang tengah mengetepikan peraturan berkenaan. Untuk membolehkan pernikahan dilangsungkan, pihak terbabit memalsukan sijil kelahiran - sama ada untuk menambah usia bakal pengantin perempuan atau ‘memudakan’ bakal pengantin lelaki. Pada 2009, sebuah mahkamah di Iskandariah memenjara dua pendaftar kerana menjalankan pernikahan kontrak beratus-ratus remaja perempuan di bawah 18 tahun. Islam mengharamkan seks sebelum nikah dan kebanyakan hotel dan pemilik bangunan menuntut pasangan yang ingin menginap di premis mereka supaya mengemukakan bukti pernikahan. Laporan Jabatan Negara AS itu menyatakan, ramai ibu bapa menjalankan pernikahan tanpa persetujuan anak perempuan mereka.

“Biasanya mangsa terpaksa bersetuju dengan apa yang diaturkan kerana keluarga mereka miskin,” kata laporan itu. Sesetengah mangsa dibawa pulang ke negara suami mereka untuk dijadikan pembantu rumah, manakala remaja yang ditinggalkan di Mesir biasanya dipulaukan masyarakat.

Keadaan menjadi lebih buruk jika remaja terbabit hamil dalam pernikahan kontrak itu. Kesannya, ramai remaja meninggalkan zuriat mereka di rumah anak yatim atau membiarkannya di jalanan.

“Ramai pengantin itu turut menjadi sasaran lelaki Mesir untuk dijadikan pelacur,” kata laporan itu. - DM

Sumber : Metro

KONSTABEL DITUDUH MENCABUL REMAJA DALAM TAHANAN


KONSTABEL DITUDUH MENCABUL REMAJA DALAM TAHANAN | Seorang anggota polis berpangkat Konstabel Sokongan dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan mencabul remaja di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Pengkalan Chepa Februari lalu.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Shahrul Izuairi Ibrahim, 31, didakwa melakukan kesalahan terhadap remaja Thailand itu kira-kira jam 10 pagi pada 5 Februari lalu di  sel lokap berkenaan.

Bapa kepada dua anak itu dituduh menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan remaja berusia 15 tahun dengan memasukkan jari ke dalam kemaluannya yang ketika itu ditahan reman kerana dikaitkan kesalahan Imigresen.

Penjawat awam itu, dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mengenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana daripada itu sekiranya didapati bersalah.

Pendakwaan kes tersebut dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Muhamad di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Fazali.

Noor Dayana menawarkan jaminan RM8,000 terhadap tertuduh bagaimanapun, Mohd Shahrul Izuairi meminta mahkamah mengurangkan wang jaminan tersebut dengan alasan dia mempunyai dua anak serta menghadapi masalah kewangan.

Bagaimanapun, Mohd Fazaly Ali menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 dan tarikh sebutan semula kes ialah pada 10 Julai ini.

Tertuduh ketika di bawa keluar dari mahkamah menutup mukanya dengan menggunakan jaket untuk mengelak wajahnya dirakamkan pihak media.

Sumber : sinar

Remaja, Jangan Jadikan Harga Diri Anda Terlalu Murah!!!

Remaja, Jangan Jadikan Harga Diri Anda Terlalu Murah!!! | Tak paham la dengan remaj...a zaman sekarang, Mudah sangat cair dengan ayat cinta si jantan, Pengangggur pun laku.. Mat rempit pun laku.. Kaki tak solat Jumaat pun laku.. yg pakai seluar pendek pun laku... Rakan sekolah yang masih ditanggung mak bapak pun laku..

Katanya, tak kisah... Sekadar mahukan perhatian seorang lelaki.. Mahu seronok dipuja dan dibelai... dimanja, disygi dan mcm2 lg yg boleh wat terlentuk...

Asalkan ayat cintanya romatik dan tersusun rapi ayt2 bunganya... Asalkan dia syg ketat2 x pilih yg lain dan x curang... Asalkan dia jantan cool dan bukannya si ulat buku dan pakai kopiah...

aku rela segala-galanya... Dosa ? Peduli apa...! ?????? Nauzubillahiminzalik...

Remaja Terlibat Seks Bebas, Apa Nak Jadi Dengan Depa Ni?

Remaja Terlibat Seks Bebas, Apa Nak Jadi Dengan Depa Ni? KOTA BHARU - Kerapuhan institusi keluarga menjadi punca utama golongan remaja terjebak dalam perlakuan seks bebas yang kian membimbangkan masyarakat kini.

Mufti Negeri Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, remaja mudah terdedah dengan anasir tidak baik hanya disebabkan pelbagai pengetahuan boleh diperoleh melalui hujung jari yang boleh didapatkan melalui Internet.

“Golongan remaja yang hidup dalam institusi keluarga yang tidak kuat akan mencari alternatif lain untuk mengisi kekosongan jiwa.

“Keseronokan melayari laman web tanpa dikawal mendorong golongan ini melayari laman web lucah dan akhirnya mencuba sendiri perlakuan melalui maklumat yang diperoleh sehingga melakukan hubungan seks dan akhirnya melahirkan anak luar nikah,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohamad Shukri berkata, golongan terbabit tidak mempunyai tunjang kehidupan dan aqidah sehingga sanggup membelakangkan agama Islam hanya kerana ingin memenuhi tuntutan nafsu.