Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » Cerita pagi rabu 25/08/2010 cerita bab pinjaman hehe.

Cerita pagi rabu 25/08/2010 cerita bab pinjaman hehe.


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !


Salam friends, apakabar semua? sedar tak sedar, dah 15 hari kita berpuasa, macam mana ngan kawan2 semua puasa penuh ka korang haha. mana lah tau kot2 ada yang sakit dan tidak berupaya utk puasa, kalau sakit tu boleh di maafkan lah, tapi kalau yang tak ada keuzuran tu janggan sekali-kali tinggal puasa, rugi beb dan berdosa tu kalau senaja kita nak tinggalkan ibadah tu. 

Sambung balik tentang tajuk cerita kita pagi ni. Biasa la bila nak mulakan tugas pagi ni dah tentu kena p mengadap mesin punch card dulu kan? sbb bila dah punch baru lah sah kita bertugas untuk hari ini. aku sampai kat lokasi terjahan tu kul 7.56am lagi 4 minit loceng amaran nak berbunyi haha. kira ok lagi tu.. mau kata aku sampai jam 8.00am tak kelang kabut dibuatnya. Masa ada lebih kurang 4 minit lagi sebelum aku memulakan tugas hakiki aku.. Sambil-sambil aku menunggu sempat juga aku belek-belek ( intai-intai ) kat atas meja caunter penyambut tetamu opis aku tu, ternampak satu risalah yang di letakkan kat situ lalu aku ambik dan baca kandungan yang terdapat dalam risalah tu.

Tajuk risalah tu biasa la bulan-bulan puasa ni, tajuk dah tentu berkenan bulan ni dan ini tajuk nya " Ramadhan Menjelma Selamat Berpuasa, Mega Raya 2010" Wow hebat tajuk tu yang hebat tu tang Mega Raya hehe.. apa yang mega tu aku pun tak tau... puasa pun belum habis dah nak sambut Mega Raya. apa punya turrrr, siap dengan pantun pulak tu... ni pantun yang dia kasi la, Aidil Fitri menjelma sudah, ketupat rendang kuih bahulu ada PMR hati tak gundah, call kami jangan segan janganlah malu. yang aku konpius tu apa singkatan bagi PMR tu? Penilaian Menengah Rendah ker? ekekek aku dah ada semua tu tapi raya aku tak lah sampai tahap Mega. Aku pun baca lagi dan lagi Oho rupa-rupanya PMR tu "Pinjaman Mesra Rakyat"  ini semua nak cerita tentang pinjaman lah rupanya, tapi permulaan kalam tu berbunga2 bila dah baca seterusnya baru lah tau hajat mereka. 

Kat bawah ni aku ada letak pic risalah tu. Kalau korang rasa berminat nak buat pinjaman untuk raya ni boleh lah cuba. Manalah tau ada di antara kalian nak sambut "Mega Raya"  haha. P/s: Berhemah dalam berbelanja, berbelanja mengikut kemampuan kita kerana kehebatan hari raya tu bukan terletak pada peralatan baru pakaian baru dan segala kemewahan yang kita ada, tetapi Allah akan menilainya bedasarkan keimanan dan ketakwaan kita terhadapnya.


7 ulasan:

  1. hohoho..cik al taknak terai ke??

    BalasPadam
  2. tak mau lah sy... hutang yg duk ada pun penat nak membayar.. :)

    BalasPadam
  3. pinjaman utk berhari raya... huhhuuu, sangat tidak berbaloi...

    BalasPadam
  4. berbelanja lah dengan apa yag ada kan kakyong?... yg tu rasanya lebih berbaloi...

    BalasPadam
  5. berbelanja berhemah.. pikir dulu sebelum beli.. huhuh

    mega raya? cam best jer ayat tu

    BalasPadam
  6. tul tu sop, pikiq dulu sebelum beli.

    BalasPadam
  7. walaupun bukan yg pertamax tapi untuk sahabat selalu kunjung itu sudah sebuah apresiasi

    BalasPadam