Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » Siaran tergendala sebentar...

Siaran tergendala sebentar...


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !


Salam semua, aku rasa dah lama aku tak tulis entri, untuk makluman semua sekarang ni aku sebuk dengan tugas hakiki kat pejabat dan di luar pejabat. Sekarang aku mengawal selia 2 projek, projek tu tak la mega sangat besarnya tetapi harga projek tu hampir-hampir mencecah 100k jugak lah hehe. 

Maklum lah kerja Bahagian pembangunan ni macam tu lah, bila dah buat permohonan dan budjet dah di luluskan projek pun kena lah berjalan. Time tu lah kami semua kat bahagian pembangunan ni sibuk nak buat dokumen sebutharga lah , nak adakan sesi lawatan tapak lah dan sebagainya sehingga lah selesai proses mendapat kat kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja tersebut. 

Yang tu baru proses untuk nak dapatkan kontraktor belum lagi kerja-kerja lain seperti kerja-kerja pembinaan yang akan di jalankan di tapak projek. Kalau dah start kerja kat tapak tak dapat lah aku nak on9 dan berblogging macam selalu. Sebab tu la graf traffic blog dah dah menjunam mendadak. Sedih jugak rasa hati tapi apakan daya kerja hakiki lebih penting kan? tiap-tiap bulan gaji di terima atas kerja yang kita laksanakan, tapi kalau kerja yang di amanahkan itu tak dilaksanakan mengikut kehendak majikan bukan kah itu satu penipuan. 

Kadang-kadang aku pun terlanjur jugak, maklum lah manusia ni tak semuanya sempurna. ( mengular jugak aku ni ) tapi bila di ingat-ingatkan balik, tak baik jika amanah tidak di laksanakan sebaik-baiknya.. Dalam menjalani ibadah puasa ni hasutaan syaitan pun kurang cuma yang ada hanya cabaran untuk mengawal nafsu, itu sebab masih ada yang berbuat keburukan di bulan puasa, meskipun kita tahu semua iblis dan syaitan telah dirantai. Berceramah pulak aku ni, ini bukan ceramah tetapi peringatan aku untuk diri sendiri supaya boleh berubah kearah yang lebih baik lagi. Tentu anda semua bertanya apa kena mengenanya pulak dengan tajuk entri aku kat atas tu kan... 

Maksud entri "Siaran tergendala sebentar" merujuk kepada kesibukkan aku sekarang. Masa untuk aku berblogging, blogwalking dan sebagainya pun terhad. Aku harap semua paham, walau bagaimana pun aku akan jenguk korang semua pada sekitar waktu rehat aku kat pejabat, sebelum berbuka dan selepas solat sunat tarawih harap maklum ok. Maafkan aku sekiranya jejak yang anda tinggalkan dalam shoutmix dan cbox aku tidak terus dibalas, aku harap anda semua faham...
( dari alcatrz77 )  

3 ulasan:

  1. Okehh don't worry my pren.. myna faham. kerja hakiki perlu di utamakan demi rezki yang halal.. InsyaAllah.

    Selamat menjalankan tuga ya!! projek besar tu.. ehemm hemm!!

    BalasPadam
  2. tul tu, puasa banyak mengajar kita sebenarnya.. :)

    BalasPadam
  3. huhu.... selamat berposer gak! :)

    BalasPadam