Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » » Vedio Iklan PETRONAS, mengingatkan aku akan aruwah Ayah..

Vedio Iklan PETRONAS, mengingatkan aku akan aruwah Ayah..


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !





Walaupun hanya sebuah iklan yang hanya mengambil masa 2,3 minit untuk di tayang, tetapi mesej yang hendak di sampaikan itu pernuh makna dan boleh dijadikan pengajaran. Iklan ini dah pernah aku tengok dulu kat TV tapi baru-baru ni bila aku berjalan-jalan kat blog kawan-kawan terjumpa pulak aku dengan iklan ni. Blog yang ku maksudkan blog http://zalinzone.blogspot.com/ kat sana zalin ( pemilik blog tu ) ada meletakkan beberapa buah iklan dari PETRONAS tetapi iklan yang pertama sekali diletak dalam senarai entri tu, iklan ini. Bila aku tekan play aku cuba untuk hayati iklan ni, aku amat tersentuh dengan mesej yang di sampaikan. 

Ingatanku terus mengenangkan aruwah Ayah yang sudah 2 tahun pergi meninggalkan kami sekeluarga. Berlinangan air mata ini, memandangkan hari raya pun dah semakin hampir. Emosi ku terganggu seketika, walaupun sudah 2 tahun Ayah pergi, Ayah tetap dihati dan di ingatan ku. Ayah banyak berjasa kepada kami 6 adik beradik. Membesarkan kami dalam serba kekurangan sehingga kami semua berjaya seperti kini. Ayah seorang yang tabah dan banyak memberi kami nasihat dan dorongan untuk berjaya. Pengorbanan mu tiada galang ganti. Jasa mu akan ku kenang sehingga hembusan nafas ku yang terakhir. Kepada semua sahabat yang masih mempuyai Ayah hormatilah mereka dan  berbakti lah kepada mereka selagi mereka masih bernyawa. Al-Fatihah dan Doa dibaca buat Ayah yang telah pergi, semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang yang beriman. 

Hayati dan renung-renungkan lah..

4 ulasan:

  1. singgah petang 26 ramadhan..

    BalasPadam
  2. pasti akan sangat rindu.mereka.

    BalasPadam
  3. salam al..sabar ye al..

    BalasPadam
  4. Semua yang berlaku adalah kententuan ilahi. Cuma kenangan bersamanya tetap tersemat di hati...

    BalasPadam