RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !
Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? cinta feb. Bu, adik cuma nak bertanya... Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya... Ibu ingat 14 feb tak? malam tu ibu ada janji temu, ibu jumpa jejaka tu ibu kata dia cinta ibu, benarkah bu?.
Dia puji dan puja ibu, dia rayu dan belai ibu katanya cintanya hanya untuk ibu, benarkah bu?.
Ibu terkhayal dengan pujukkannya, ibu terbuai dalam bicaranya, ibu terlena oleh bisikannya, benarkah bu?.
Ibu tak kisah dia peluk ibu, ibu izin dia sentuh jasad ibu, ibu puas dapat buktikan setia ibu macam dia kata... Mahu bukti cinta dari ibu, tapi benarkah bu?.
Masa berlalu, hari ini selepas 9 bulan pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah pun membuahkan hasil. kali ini buah cinta kalian telah terzahir, hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...Tapi benarkah ibu?.
Kenapa dia tidak sama menyambut kami?, kemana dia telah pergi tidak azankan kami?, mengapa ibu pun benci kami?, Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?, mengapa ibu?.
Tak terasakah sakit dan perit, tak berbakikah kasih dan sayang dan tidak lagi kah ibu berTuhan?, benarkah ibu?, benarkah begitu?, adik cuma nak tanya bu...