Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

▼

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Memaparkan catatan dengan label gejala buang anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gejala buang anak. Papar semua catatan

Aksi panas budak bawah umur ( adik beradik pulak tu )...


BUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekitar bandar ini serta mencetuskan kebimbangan mengenai semakin parah keruntuhan moral masyarakat negara ini.

Ini kerana usia pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun. Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar.

Kakitangan swasta dikenali sebagai Azman, 25, yang memperoleh video itu melalui bluetooth daripada rakannya, berkata dia terkejut sebaik melihat aksi pasangan terbabit kerana mereka terlalu muda dan dipercayai masih bersekolah.

P/s : Apa akan jadi sekiranya perkara ini tidak di bendung dengan sekeras-kerasnya... apa akan jadi kepada nasib budak2 ni... Wahai orang ketiga yang bangang serta cuba mengeksploitasi budak-budak ni, ingat lah korang syaitan yang bertopengkan manusia dan korang lah perosak bangsa dan negara... Kepada ibu bapa berwaspadalah dengan sikap anak-anak anda...

Sumber dari : http://www.hmetro.com.my

Pertanyaan Anak yang tak berdosa kepada Ibu yang berdosa...



Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? cinta feb. Bu, adik cuma nak bertanya... Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya... Ibu ingat 14 feb tak? malam tu ibu ada janji temu, ibu jumpa jejaka tu ibu kata dia cinta ibu, benarkah bu?.

Dia puji dan puja ibu, dia rayu dan belai ibu katanya cintanya hanya untuk ibu, benarkah bu?.

Ibu terkhayal dengan pujukkannya, ibu terbuai dalam bicaranya, ibu terlena oleh bisikannya, benarkah bu?.

Ibu tak kisah dia peluk ibu, ibu izin dia sentuh jasad ibu, ibu puas dapat buktikan setia ibu macam dia kata... Mahu bukti cinta dari ibu, tapi benarkah bu?.

Masa berlalu, hari ini selepas 9 bulan pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah pun membuahkan hasil. kali ini buah cinta kalian telah terzahir, hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...Tapi benarkah ibu?.

Kenapa dia tidak sama menyambut kami?, kemana dia telah pergi tidak azankan kami?, mengapa ibu pun benci kami?, Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?, mengapa ibu?.

Tak terasakah sakit dan perit, tak berbakikah kasih dan sayang dan tidak lagi kah ibu berTuhan?, benarkah ibu?, benarkah begitu?, adik cuma nak tanya bu...