Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » , , » Fuhhhhhhh penat sungguh aku minggu ni...

Fuhhhhhhh penat sungguh aku minggu ni...


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !

Salam, apakhabar korang semua? alcatraz harap korng semua sihat dan selamat di bawah lindungan ALLAH s.w.t. Dua tiga hari lepas alcatraz sibuk sikit, nak tau apa yang menyebabkan alcatraz sibuk tak? mai sini alcatraz cerita.

Sabtu dan Ahad baru-baru ni, permintaan terhadap skill dan perkhidmatan alcatraz di perluakan oleh seorang sahabat. Tentu anda semua nak tau apa skill yang alcatraz ada kan haha... alcatraz ada la sikit-sikit skill dalam bidang ketukangan elektrik ( buat wiring lah ) dalam erti kata pendawaian elektrik.

Baru-baru ni ada seorang sahabat kat tempat kerja alcatraz minta tolong pasang lampu, kipas kat rumah yang baru di beli oleh anak beliau, rumah tu boleh tahan juga besar dan luasnya. Maklum lah rumah baru sebelum nak diduduki perlua lah di lengkapi dengan benda asas ni terutama lampu dan kipas selain dari bekalan air bersih hehe tapi keperluan asas korang pulak alcatraz tak tau la pulak.

Sabtu lepas start la buat keje kat umah dia ( sahabat alcatraz ) mula pun dah lewat lebih kurang jam 3.30pm sebab pagi masing-masing ada hal nak buat. Bila dah mula kerja lewat habisnya pun lewat, nak tau pukul berapa alcatraz habis kerja,  agak-agak korang kul berapa? hampir pukul 8.00pm jugak alcatraz habiskan kerja untuk hari tu haha... Ada lagi kerja yang belum di habiskan tetapi tuan rumah mintak tangguh kerana sebahagian peralatan belum dibeli, yang di beli semua sudah habis dipasang. 

Malam tu pulak ada siaran langsung bola sepak diantara kedah dan kelantan kat Astro Arena, tu sebab budjet buat kerja sampai kul 8.00pm jer sudah ke tak alcatraz tetap juga nak hentikan kerja tu. Bila dah habis kerja alcatraz bersolat magrib kat situ sebelum membuat terjahan ke warung-warung kopi berhampiran yang menyediakan perkhidmatan astro bersama-sama sahabat alcatraz tu. 

Sampai saja kat situ alcatraz terus order air kopi ais, dahaga betul alcatraz waktu tu dengan baju basah-basah lagi dik peluh jantan alcatraz yang keluar tak henti-henti akibat daripada tidak balas haba semasa melakukan kerja-kerja tadi serta aroma peluh yang mewangikan keadaan sekeliling hehe ( wangi kah tu? ) dengan selamber jer alcatraz duduk dan minum kat situ. Ada aku kisah ( kata azwan ali ) hehe. 

Dependekkan cerita selepas beberapa jam menonton perlawanan dan bergelas-gelas air di habiskan akhirnya kenari kalah lagi. Terkilan jugak alcatraz di akhir2 perlawanan kelantan dapat juga menjaringkan gol tungal perlawanan. Sahabat alcatraz apa lagi bersorak gembira lah sebab dia orang kelantan haha... hampehhh jer alcatraz tengok, siap cakap sabar-sabar tahun depan ada lagi yang tu yang tak tahan tu... Apa-apa pun bola tu bulat dan nasib berpihak kepada kelantan, tetapi memang best pun kelantan main malam tu. 

Buat penyokong kelantan alcatraz ucap tahniah, semasa perlawanan akhir nanti jadi lah penyokong yang terbaik jaga tata susila kita sebagai penyokong ( kita bukan pengganan ok ) good luck untuk semua peminat-peminat bola sepak.

P/s : Kalau ada rakan-rakan nak mitak bantuan alcatraz untuk buat wiring, call lah alcatraz kat Hotline ni hehe 012-*******

4 ulasan:

  1. patutlah eita pening kepala rupanya bau 'wangi' ni rupanya...
    aduh....habis sepapan panadol....
    hehehehe.....

    BalasPadam
  2. tul ka eita? sampai sana bau dia hehehe... apa-apa pun rajin2 makan ubat, kasi hilang sakit k :)

    BalasPadam
  3. Tak lah rajin,janji kita lakukan rezeki halal.

    BalasPadam
  4. yaya rezeki halal itu yang di cari :)

    BalasPadam