Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » Petua untuk memudahkan proses kelahiran...

Petua untuk memudahkan proses kelahiran...


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !

Selamat pagi semua, apakhabar?... Pagi ni alcatraz nak kongsi petua yang alcatraz dapat melalui radio ERA ( Riuh Pagi Era lah tu kalau pagi-pagi kan hehe... ) ketika alcatraz tengah drive hantar anak pergi sekolah tadi, nak tau apa petuanya? " Petua untuk memudahkan proses kelahiran anak le "... Bagi sesiapa yang baru 1st time nak timang cahaya mata tu, boleh lah amalkan petua ni...

Petuanya ialah : Ibu yang hampir dengan proses melahiran anak ini digalakkan banyak memakan kacang bendi, tak kira di buat ulam-ulaman atau di buat resepi masakan yang lain... Dengan pengambilan bendi sebagai makanan tambahan ketika proses kehamilan dan juga ketika hendak bersalin, di dapati proses melahirkan itu menjadi lebih mudah dan di dapati berkesan oleh pengamalnya ( kata seorang pemanggil yang mengamalkan petua in )...

Petua kedua dari pemanggil yang sama katanya : Minyak kelapa yang di tanak di letakkan beberapa helai daun pandan ( bagi tujuan mewangikan aroma minyak tersebut ) di tanak mengikut tempoh masa tertentu... Minyak tersebut hendak lah di minum satu sudu teh setiap pagi dan malam, kata pemanggil tersebut insyaALLAH proses kelahiran anak anda akan menjadi lebih mudah dan beliau hanya mengambil masa 6 jam sahaja merasai sakit untuk melahirkan anaknya...

PS : Ini semua bergantung kepada kehendak ALLAH s.w.t

4 ulasan:

  1. bila la daku boleh pakai petua ni...:-)

    BalasPadam
  2. Bila nak boleh pakai petua ni? nanti mengandung lah hehe...

    BalasPadam
  3. 10 tahun akn dtg kna mai cni balek bca.hahaha

    BalasPadam
  4. uik buat apa nak tunggu 10thn lagi cik zaty oiiii... dah ada pasangan dah tunggu apa lagi thn dpn pun dah boleh hehe... jgn lupa jemput abg alcatraz tau... :)

    BalasPadam