RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !
KUALA TERENGGANU - Hasrat seorang lelaki menukar nama kepada nama perempuan dalam Mykad tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menetapkan 18 Julai untuk mendengar keputusan.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa semalam berkata, beliau memerlukan masa untuk membuat penelitian sebelum membuat keputusan.
Permohonan, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, membuat permohonan tahun lalu menukar namanya kepada Aleesha Farhana dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Tujuan permohonan itu adalah bagi membolehkannya melanjutkan pelajaran dan tidak timbul masalah apabila dia ingin menetap di asrama.
Peguam bela, Horley Isaacs dalam penghujahannya berkata, Mohd Ashraf secara fizikal adalah wanita dan telah membuat pembedahan menukar jantina di Thailand, dua tahun lalu.
Horley berkata, anak guamnya telah merujuk kepada hospital pakar swasta di Putrajaya dan didapati dia layak membuat pembedahan menukar jantina.
”Organ seksual anak guamnya juga berlainan daripada lelaki normal, iaitu lebih kecil dan dia tidak dapat membuang air kecil dengan normal,”katanya.
Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar membidas hujahan dengan menyatakan faktor genital tidak boleh diambil kira.
Mohd Ashraf Hafiz yang lengkap memakai baju kurung moden berbunga dan memakai tudung merah jambu kelihatan tenang sewaktu mendengar prosiding, namun bergegas keluar dari mahkamah sebaik menyedari kehadiran pihak media.
Sumber : sinar
Sumber : sinar
klu ada gmbr dia.best gak..leh tgk rupa orgnya.. hehe..
BalasPadamhehe gambar ada tapi tak berapa nak jelas sebab dia tutup muka... tau malu pulak dia tu... ila lama tak nampak, apakhabar?
BalasPadamdunia zaman skrg. lucky rules negara kite bukan bleh simply2 tuka.. :D
BalasPadamtu la, dunia akhir zaman macam-macam dah jadi...
BalasPadam