Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » Hati-hati minum minuman yang meragukan, Jakim tidak iktiraf ' bir halal '.

Hati-hati minum minuman yang meragukan, Jakim tidak iktiraf ' bir halal '.


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !

Gambar sekadar hiasan.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada pengeluar produk minuman 'bir halal' di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, Jakim juga tidak mengiktiraf sijil halal daripada syarikat produk minuman yang diimport dari negara Timur Tengah itu.

"Ini kerana produk minuman berkenaan tidak menepati piawaian dan prosedur makanan halal mengikut Standard Halal Malaysia MS 1500:2009," jelasnya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar mengenai penjualan produk minuman jenis bir yang kononnya halal dan banyak dijual di restoran tumpuan umat Islam termasuk yang menghidangkan sajian nasi Arab.

Berdasarkan kajian, ada produk yang diimport dari negara Arab itu didakwa mempunyai kandungan alkohol 0.05 peratus dan adalah haram diminum oleh pengguna Islam kerana melepasi had 0.01 peratus yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sumber : Kosmo