Dapatkan info terbaru via Facebook. Dan Jangan Lupa klik LIKE! TQ

Powered By Blogger Widgets and Blogger Tutorials

Home » RM500 melayang angkara merokok di tempat awam...

RM500 melayang angkara merokok di tempat awam...


RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !

KLANG – Papan tanda larangan merokok sudah terpapar, tetapi seorang lelaki tetap degil dan merokok dalam kawasan hospital.

Akibatnya, hanya kerana sebatang rokok seorang pekerja swasta terpaksa membayar denda RM500 diperintahkan Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Mazlan Khairi Abd Halim, 27, mengaku salah merokok di kawasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di sini, kira-kira jam 12.45 tengah hari, 12 Februari lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Pejabat Kesihatan Daerah Klang, Kementerian Kesihatan Malaysia, mengikut Peraturan 11 (3) Peraturan Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Mengikut peraturan terbabit, seseorang boleh dijatuhi hukuman denda maksimum RM10,000 dan boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Hukuman dijatuhkan Majistret, Ho Kwong Chin.

PS : Kepada perokok hati-hati bila merokok di tempat awam, perlu pandang kiri dan kanan sebelum api dinyalakan atau pun tak payah isap teruslah lagi senang, kesihatan pun terjamin... Sumber dipetik dari : sinar

3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam