RAHSIA mudah jana pendapatan melalui FACEBOOK dan TWITTER!!! (TANPA MODAL) ingin tahu KLIK DISINI !
Assalamua'laikum, apakhabar semua? disini wa nak kongsi TIPS KESELAMATAN KEBAKARAN dengan korang semua, diantara tips tersebut ialah...
- Disyorkan supaya memasang alat pengesan asap di setiap tingkat. Tempat yang sesuai ialah pada siling, dalam kurungan tangga, bilik tidur dan ruang tamu.
- Pastikan ada dua laluan kecemasan dari setiap bilik dan semua penghuni tahu serta telah berlatih menggunakannya.
- Jangan sekali-kali merokok sambil berbaring di atas katil semasa berada dalam keadaan mengantuk, mabuk atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.
- Guna bekas habuk rokok yang besar dan berat pastikan puntung rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum dibuang.
- Elakkan membuat penyambungan atau membebankan litar elektrik.
- Letakkan mancis dan pemetik api di tempat yang tinggi supaya tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
- Bekas-bekas yang mempunyai cecair mudah terbakar hendaklah disimpan di tempat yang jauh dan selamat dari punca api dan kanak-kanak.
- Anda disyorkan mengadakan satu unit alat pemadam api jenis debu kering di rumah.